Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.jau] | هيجاو

Definisi : 1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.jau] | هيجاو

Definisi : warna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Puisi
 

Hijau-hijau daun keladi,
     Mari makan di pagi hari;
Hendak dikesal tak guna lagi,
     Cari lain sebagai ganti.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Bermaksud :

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ء هراتس )setāre-ye donbāle dār( راد هلابند ء هراتس )sotūn( نوتس )sajjāde( هدا ّ جس )sajde( هدجس )saḥāb, abr( ربا ،باحس )saḥar( رحس )sakht( تخس )sokhan( نخس )sokhanrān( نارنخس hijau sayur ringan misai selepas bintang tapak sulaiman komet tiang sejadah sujud awan fajar susah, sukar kata, ucapan pensyarah, pemidato, penceramah green vegetables light moustache then star star fish comet pillar

Kembali ke atas