Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.jan] | هوجن

Definisi : 1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.jan] | هوجن

Definisi : 1 air (hasil drpd pemeluwapan wap air di atmosfera) yg jatuh ke bumi: Pagi ini ~ turun dgn lebatnya. 2 = hari ~ air sedang turun (menitik) dr udara: Apabila ~, banyaklah orang yg lambat sampai di pejabat. ~ asid air hujan yg dicemari asid yg boleh mendatangkan akibat buruk, terutamanya pd tumbuh-tumbuhan atau boleh mencemari air tasik, kolam dsb (asid yg terbentuk berpunca drpd percampuran asap yg dibebaskan ke udara dr kilang atau asap kereta dsb dgn lembapan udara). ~ batu (beku) air hujan yg telah menjadi beku yg turun dr udara. ~ gerimis (renyai, rintik-rintik) hujan yg menitik halus-halus. ~ lalu (lari, halau mentua) hujan yg turun sebentar saja. ~ lebat hujan yg besar dan banyak air yg turun. ~ panas hujan yg turun ketika matahari bersinar. ~ perolakan ist hujan yg disebabkan oleh penghabaan tanah daratan dan perolakan udara panas ke atas. ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut. ~ salji salji yg turun (dgn banyak). ~ siklon ist hujan yg terjadi akibat pertemuan udara panas dan lembap dgn udara sejuk (udara panas lebih ringan dan naik ke atas udara sejuk). berhujan berjalan dll dlm hujan; membiarkan diri dll basah oleh hujan: Mereka berpanas dan ~ sepanjang hari. menghujani 1 melepaskan panah, peluru dll banyak-banyak pd: Mereka ~ musuh dgn peluru. 2 datang atau menimpa dgn banyaknya (bkn bom, peluru dsb): Dlm masa pengunduran itu, tentera Vietnam telah dihujani bom. 3 datang (dikemukakan dll) dgn banyaknya pd: dihujani surat (soalan, pertanyaan dll). menghujankan menggugurkan atau melepaskan (bom, peluru dsb) banyak-banyak; mengemukakan (pertanyaan, cacian dsb) banyak-ba­nyak. memperhujankan membiarkan basah oleh hujan; mendedahkan atau membasahkan dlm hujan: Dia menjemur dan ~ papan-papan itu berminggu-minggu sebelum mengetamnya. kehujanan kena hujan; tertimpa oleh hujan: Dia ~ di jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Kalau nak hujan hujan sekali,
     Boleh saya bertudung kain;
Nak buang buang sekali,
     Boleh saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Hujan emas perak di negeri orang;
     hujan keris lembing di negeri kita;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(61)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ّ قد اب )bādemjān( ناجمداب )bār( راب )bār, daf‘e( هعفد ،راب )bārān( ناراب dengan adab, beradab ayah berani sabar tersipu, segan angin layang-layang kipas cermat terung muatan kali hujan with polite father courageous patient bashful wind kite fan careful eggplant load time rain ب Kamus Parsi.indb 19 5/18/11 9:02 AM 20 )bārān-e khafīf( فيفخ زاب )bāz, shāhīn( نيهاش ،زاب )bāzār( رازاب )bāzjū( وجزاب )bāzres, nāẓer( رظان ،سرزاب )bāzargān( ناگرزاب )bāz kardan( ندرک زاب )bāz neshastegī( ىگتسشنزاب )bāzī( ىزاب )bāzī kardan( ندرک ىزاب )bāzīkon( نکيزاب hujan gerimis hujan pengangkut barang menghujani sempit buka helang pasar penyiasat penyelia, nazir saudagar membuka bersara main bermain pemain drizzle rainy porter to rain narrow open hawk, eagle market inspector inspector

Kembali ke atas