Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tam] | کتم

Definisi : tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : ; mengetam menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian; pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : sj alat utk melicinkan kayu (papan dll); jenis-jenisnya: ~ betina, ~ lidah, ~ panjang, dll; ~ golek sj ketam yg digunakan utk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yg cembung; ~ pangkas sj ketam utk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna utk membuat kerja pertu­kangan yg kecil; ~ pelicin sj ketam yg digunakan utk melicinkan permukaan kayu; berketam (telah) dilicinkan dgn ketam, diketam: papan tidak ~; mengetam melicinkan kayu dgn ketam; pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : alat utk melicinkan kayu: ~ betina; ~ panjang. berketam (sudah) dilicinkan dgn ketam. mengetam melicinkan kayu dgn ketam. pengetaman 1 perbuatan atau hal mengetam. 2 tahi ketam; tatal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh (sepasang kaki yg di hadapan sekali agak besar dan merupakan sepitnya): ~ bangkang; ~ galah. ~ batu a. sj ketam. b. ki orang yg sangat kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam

Puisi
 

Ketam padi jerami tinggi,
     Ketam pula balik pulau;
Kalau tiada kami di sini,
     Siapa pula teman bergurau.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ناريو ،بارخ )kharj( جرخ )kharchang( گنچرخ )khers( سرخ )khers-e pāndā( ادناپ سرخ )khargūsh( شوگرخ yang serba tahu malu Tuhan selamat tinggal ketuhanan khadam khidmat keldai kerosakan, kerugian belanja, kos ketam (haiwan) beruang panda arnab well informed, omniscient shame God good-bye divinity servant, minion to serve donkey ruined cost crab bear panda rabbit شوگرخ هاگآ ،ريبخ Kamus Parsi.indb 58 rangārang( گنراگنر )ravān, rūḥ( حور ،ناور )rūbāh( هابور )rūpūsh( شوپور )rūḥ afzā, shād( داش ،ازفا حور )rowḥānī( ىناحور guruh kebajikan kelakuan, tabiat pergi, meninggalkan sahabat, kawan sakit, kesakitan tidak sihat ketam (alat) warna berbagai-bagai warna roh, nyawa musang jubah, cadar gembira kejiwaan; rohaniah, mengenai roh thunder welfare behaviour to go, to leave friend pain sickly plane colour, paint colourful,variegated

Kembali ke atas