[pen.cil] | ڤنچيل
Definisi : ; memencil mengasingkan (memisahkan) diri drpd yg lain, menyendiri; memencilkan 1. mengasingkan (memisahkan) diri drpd orang atau benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya; terpencil terasing (terpisah) drpd yg lain, tersendiri: beliau lahir di sebuah kampung yg ~; keterpencilan keadaan terpencil, keterasingan: ~nya drpd pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem antarabangsa semakin berkurang; pemencilan perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan memencilkan atau menyisihkan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pen.cil] | ڤنچيل
Definisi : ; memencil 1 duduk atau berada seorang diri; menyendiri: Dia ~ di ceruk sana. 2 jauh dr yg lain. memencilkan mengasingkan atau menjauhkan (diri dll) dr sesuatu: Tengku Husein telah ~ diri ke sebuah pulau. terpencil terasing dr yg lain; jauh dr yg lain; tersendiri: Kampungnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)