Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ci] | سوچي

Definisi : 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat ke­agamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 6. sl tidak kotor (semak), bersih; bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3. hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat; menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd ke­kotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, me­nguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing; kesucian perihal suci; persucian perihal bersuci; penyucian perihal menyucikan, pember­sihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ci] | سوچي

Definisi : 1 bersih (dr segi agama); tidak najis: air ~; makanan ~. 2 (dlm hal yg berkaitan dgn agama) unggul; mulia: ayat ~; kitab ~; tanah ~. 3 tidak berdosa; tidak tercela atau tidak ternoda; soleh: orang ~; hidup ~. 4 bersih drpd segala rupa kejahatan, kekotoran dll: hati yg ~. bersuci 1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk. 2 mem­bersihkan diri drpd sebarang kekotoran. 3 berkhatan; bersunat. menyucikan 1 membuat sesuatu menjadi suci (dr segi agama). 2 membuat sesuatu menjadi bersih drpd sebarang kekotoran dll. kesucian keadaan suci; kebersihan. persucian hal bersuci. penyucian perbuatan (hal dsb) menyucikan. pe­nyuci apa-apa yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suci (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersih: murni, tidak tercemar, khalis,
Berantonim dengan kotor

2. Bersinonim dengan tidak berdosa: tidak bernoda, kudus, nirmala, safa, sufi, soleh, tahir, murni, putih,
Berantonim dengan bernoda

Kata Terbitan : bersuci, kesucian,

Puisi
 

Hanyut rakit batu tenggelam,
     Minyak ada berbuli-buli;
Matahari sakit bulan demam,
     Itulah tanda dunia tak suci.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
shokūh, jalāl( )ḥoz̤ūr( روضح )ḥefẓ, negahdār ī( یرادهگن ،ظفح ندرک ربزا ،ندرک ظفح )ḥefẓ kardan, az bar kardan( )ḥagh( قح ketamakan, kehalobaan huruf ucapan berkata, bercakap gerakan tempat perlindungan, tempat suci akaun kecantikan cemburu, dengki sifat rendah hati, kesopanan perihal, hadir perlindungan, naungan menghafal hak, kebenaran greed letter speech, talk to gab, to speak movement sanctuary account beauty jealous modesty presence تردق ،روز )ziyād( دايز )ziyārat( ترايز )zībā( ابيز )zeytūn( نوتيز )zīr( ريز )zīrā( اريز )zīrak( کريز )zīre( هريز )zīn( نيز )zīvar( رويز hidup awal kuasa, daya banyak penziarahan ke tempat suci, ziarah cantik, elok zaitun bawah kerana bijak jintan putih pelana hiasan to live early force, power many pilgrimage, visiting beautiful, nice olive below, under because clever cumin, caraway saddle ornament

Kembali ke atas