Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.buh] | توبوه

Definisi : 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; ber­peluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. baha­gian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengada­kan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ per­pustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuh­kan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesem­patan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antara­bangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.buh] | توبوه

Definisi : 1 = ~ badan seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. ~ halus roh atau jiwa bagi seseorang yg hidup. ~ kasar jasad. bertubuh 1 mempunyai tubuh; berbadan: ~ tegap; ~ kecil. 2 sihat serta segar badannya; subur: Bayi yg ~ itu memenangi peraduan kanak-kanak sihat. menubuhkan 1 men­­­­­­­dirikan se­­suatu per­satuan dll; mem­bentuk (jawatankuasa dll): Mereka telah ~ pasukan penentang Jepun secara sulit. 2 mengadakan; membina: Kerajaan telah ~ balai raya di kampung-kampung. tertubuh sudah ditubuhkan: Hu­bung­an ekonomi antara Malaysia dgn negara-negara Islam dikukuhkan dgn ~nya Bank Pembangunan Islam. pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu; persatuan: ~ peniaga-peniaga Melayu. ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu. penubuhan perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid tua itu telah dirasmikan. setubuh; ber­setubuh bersatu tubuh dgn; melakukan hubungan jenis; berjimak; berseketiduran. menye­tubuhi ber­setubuh dgn; meniduri. persetubuhan perbuatan atau hal ber­setubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,

Puisi
 

Tubuh lengkung gelegak lengkung,
     Tanam lada di busut tinggi;
Riuh sekampung gelak sekampung,
     Sementara ada saya di sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ردارب )berānkār( راکنارب )barāye( ىارب )bartarī, maziyyat( تيزم ،یرترب )borj( جرب ندش دنلب ،نتساخرب (bar khāstan, boland shodan) )bardār( رادرب )bardāshtan( نتشادرب )bordan [barande shodan[( )ندش هدنرب( ندرب badminton badan, tubuh keburukan semai saudara lelaki abang adik lelaki troli untuk kelebihan menara bangun ambillah ambil menang badminton body badness to sow brother elder brother young brother trolley for advantage tower to peykār( راکيپ )peykar( رکيپ )peymān, ‘ahd( دهع ،ناميپ )pīng pong( گنوپ گنيپ )peyvastan( نتسويپ jelas, nyata tua baju menang pijama, pakaian tidur meramal lepas, dahulu dahi pelayan cadangan, usulan perjuangan tubuh, badan janji ping pong gabung, bergabung apparent old shirt to win pyjama forecast ago forehead waiter proposal, suggestion battle body promise table tennis to join نتسويپ اديپ Kamus Parsi.indb

Kembali ke atas