coprophagy | koprofagi | Veterinar | Tiada | Satu tabiat semula jadi arnab dan sesetengah haiwan yang memakan semula najis lembut yang dikeluarkan. Haiwan-haiwan ini berupaya mengeluarkan dua jenis najis, iaitu najis keras atau kering (najis biasa) dan najis lembut, iaitu daripada sekum. Najis lembut ini dikeluarkan sekali sahaja pada setiap pagi sebelum najis keras dikeluarkan. Haiwan tersebut akan menjilat semula najis ini untuk mendapatkan nutrien seperti elektrolit, protein dan asid amino serta vitamin yang dihasilkan dalam sekum oleh bakteria tertentu. Sebahagian besar nitrogen (60-80%) dalam najis lembut terdiri daripada sel-sel bakteria. Najis lembut ini mengandungi nilai serabut yang rendah di samping kandungan asid organik yang tinggi. |
disinfestation | disinfestasi | Perubatan | Tiada | Proses menjadikan seseorang atau sesuatu tempat bebas daripada infestasi parasit, atau haiwan-haiwan perosak. |
pregnancy | kebuntingan | Veterinar | Tiada | Keadaan ibu haiwan yang membawa janin di dalam kandungannya. Dalam keadaan ini, haiwan perlulah diberi makanan yang berkualiti tinggi. Jangka masa kebuntingan biasanya berbeza mengikut baka dan jenis haiwan. Haiwan yang sedang bunting biasanya diberi makanan berserabut tinggi bagi mengelakkan daripada menjadi terlalu gemuk kerana boleh merumitkan proses beranak. Tempoh purata kebuntingan bagi lembu ialah 283 hari, kambing dan biri-biri 150 hari, babi 114 hari, arnab 32 hari dan kuda 340 hari. |
pedigree | pedigri | Veterinar | Tiada | Senarai keturunan atau salasilah haiwan yang disimpan dalam rekod yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Senarai ini menunjukkan asal usul sesuatu haiwan. Haiwan sebegini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai sifat-sifat tertentu yang diingini seperti dalam baka asal. |
track | runut, jalan, jejak, rintis;; balapan (SUK, P.JAS) | Geologi | Tiada | 2. Denai: Struktur fosil yang terdiri daripada bekas tapak kaki burung, reptelia, mamalia, atau haiwan-haiwan lainnya.,3. Landasan: Laluan pesawat udara atau satelit melintasi permukaan bumi. |
parchment | kulit haiwan; pacmen | Kesenian | Tiada | 1. Kulit haiwan: Kulit haiwan yang telah diproses untuk membuat skrol, manuskrip kilau dan lukisan.,2. Pacmen: Kertas yang menyerupai kulit haiwan. |
animal glue | glu haiwan/perekat haiwan | Kesenian | Tiada | Gam yang diperoleh hasil daripada hidrolisis kulit, tulang, atau tisu haiwan. |
ciri pseudaposematik | pseudaposematic character | Biologi | Ekologi | Bentuk, atau warna amaran palsu pada haiwan, apabila haiwan yang tidak berbahaya mempunyai keserupaan dengan haiwan yang berbahaya atau beracun. Dengan ini haiwan yang berkenaan akan mendapat perlindungan kerana pemangsa akan mengabaikan kedua-duanya. Misalnya, warna ular yang tidak berbisa menyerupai ular berbisa, dengan ini ular yang tidak berbisa itu dapat mengelakkan dirinya daripada musuh. |
animal unit | unit haiwan | Pertanian | Agroteknologi | Piawaian yang digunakan dalam kajian haiwan untuk kegunaan pertanian. Satu unit haiwan telah ditetapkan beratnya 1000 lb (454 kg) dan keperluan forajnya ialah 26 lb (12 kg) bagi satu hari. Sekiranya ternakan ini beratnya 700 lb (318 kg), maka ia bersamaan dengan 0.7 unit haiwan. Bagi haiwan lain seperti kuda yang beratnya 1300 lb (590 kg), adalah bersamaan dengan 1.2 unit haiwan dan biri-biri yang beratnya 120 lb (54 kg) adalah bersamaan dengan 0.2 unit haiwan. Kegunaan unit ini adalah untuk menyelaraskan kadar muatan haiwan dalam sesuatu kawasan padang ragut. |
feed | makanan | Veterinar | Tiada | Bahan makanan yang diberi kepada haiwan bagi tujuan saraan, pertumbuhan dan pengeluaran. Bahan makanan berbeza mengikut jenis haiwan, misalnya haiwan ruminan diberi bahan kasar (berserabut) atau foraj seperti rumput, jerami dan hasil sampingan pertanian, manakala haiwan monogaster pula diberi konsentrat yang tinggi kualitinya seperti jagung, hampas kacang soya, dedak padi, dedak gandum, barli dan mil ikan. Bahan makanan ini membekalkan protein, tenaga, mineral dan vitamin untuk menjamin kesempurnaan hidup ternakan. Di samping itu, bahan makanan ini diperlukan untuk menghasilkan produk-produk seperti daging, telur, susu dan bulu. Makanan yang diberi kepada ternakan mestilah berkualiti, enak, mudah dikendalikan, tiada kandungan toksik, mempunyai nilai cerna yang tinggi dan mencukupi kandungan nutriennya. |