abnormal return | pulangan abnormal | Perniagaan | Tiada | Perbezaan antara keuntungan sebenar dengan keuntungan yang dijangkakan |
social gains | keuntungan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Manfaat yang diperoleh oleh masyarakat kesan daripada perkembangan pembangunan, projek atau program. Keuntungan atau manfaat ini tidak dilihat dari sudut kewangan atau material tetapi lebih membawa makna keuntungan sosial yang bersifat pengukuhan hubungan sosial, peningkatan pendidikan dan daya berfikir, keharmonian hubungan kaum, kestabilan sosial, peningkatan kesedaran sivil dan sebagainya.Idea ini dibincangkan oleh K. Sabbarao (1993) dalam kajian Social Gains from Female Education: A cross National Study. Contohnya, peningkatan pendidikan di kalangan wanita luar bandar telah memberi keuntungan sosial kepada masyarakat tersebut seperti kelahiran beberapa pemimpin politik. |
underwritting profit/loss | keuntungan/kerugian pengunderaitan | insurans | Tiada | 1. Keuntungan/kerugian yang didapati daripada urus niaga insurans berbeza dengan yang didapati daripada pelaburan. 2. Lebihan premium apabila ditolak tuntutan dan belanja pengurusan (keuntungan) atau lebihan tuntutan apabila ditolak premium (kerugian). |
loading of profit | bebanan keuntungan | insurans | Tiada | Amaun keuntungan yang dicampurkan kepada premium tulen bagi mengambil kira perjalanan perniagaan insurans. |
scalper | pedagang saham singkat | Ekonomi | Tiada | Pedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham. |

scalping trading | dagangan saham singkat | Ekonomi | Tiada | Strategi pelaburan saham yang dilakukan oleh pedagang saham singkat untuk mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. |

oppression | penindasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menguasai dan mengambil keuntungan oleh pihak yang lebih berkuasa terhadap golongan yang lebih lemah. Golongan berkuasa melakukan pemerasan dengan memerah tenaga buruh atau mendapatkan sebarang khidmat golongan lemah untuk kepentingan mereka. Penindasan boleh berlaku dalam pelbagai aspek seperti politik, budaya, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melalui penindasan ini, golongan atasan mendapat keuntungan yang tinggi manakala golongan bawahan hidup dengan lebih terhimpit, tidak diberi peluang yang sama, hak yang sepatutnya dan disekat kebebasan berpolitiknya. Contohnya, golongan Kulak (Rusia), Zamindar (India), Komprador (Amerika Latin) dan Kapitalis (Great Britain) menindas golongan buruh dan petani dalam masyarakat masing-masing. |
profit rent | keuntungan sewa | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |