Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecende­rungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mem­punyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikum­pulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhim­pun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya ber­kaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melan­carkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
game theoryteori mainanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu cabang matematik yang disesuaikan dalam bidang perancangan dalam pemilihan strategi terbaik untuk kumpulan-kumpulan yang bercanggah kepentingannya.
infrared spectroscopyspektroskopi infamerahKimiaKimia AnalisisKaedah spektroskopi yang berdasarkan pengesanan penyerapan sinaran inframerah oleh molekul yang mengalami peralihan getaran dan putaran. Ia memberi maklumat mengenai kumpulan-kumpulan berfungsi seperti karbonil dengan ikatan ganda dua. Kaedah ini juga sangat berguna bagi mengenal pasti struktur dan simetri molekul.
group life insuranceinsurans hayat kumpulaninsuransTiadaInsurans hayat yang memberi perlindungan kepada ahli sesuatu kumpulan. Insurans ini diperolehi oleh majikan untuk pekerja atau sebarang kumpulan tetapi kumpulan ini hendaklah ditubuhkan bukan semata-mata untuk membeli insurans. Kosnya adalah lebih rendah daripada polisi individu.
compensatory curriculumkurikulum tambahanPendidikanTiadaKurikulum yang direka bentuk untuk mengatasi kelemahan pendidikan bagi kumpulan tertentu seperti kumpulan minoriti, iaitu kumpulan sosioekonomi rendah. Kurikulum tersebut bersifat kurikulum percubaan atau tambahan dan bukan untuk perubahan pendidikan yang menyeluruh.
anthraquinoneantrakuinonHerbaPemiawaianSebatian organik aromatik yang mempunyai kumpulan keton yang terikat di pusat gelang. Antrakuinon merupakan terbitan daripada kumpulan kuinon, mempunyai kumpulan hidroksi dengan ciri fenolik dan bertabur secara meluas dalam kulat, liken dan tumbuhan peringkat tinggi. Antrakuinon juga merupakan kumpulan pigmen pewarna yang terbesar dan dikenali juga sebagai 9,10-antrakuinon. Contohnya, aloin, barbaloin, aloe-emodin yang diperoleh daripada bahagian daun lidah buaya (Aloe vera).
blind testujian butaPerubatanTiadaUjian penguji yang tidak mengetahui kumpulan mana yang diuji dan kumpulan mana yang menjadi kumpulan kawalan.
wholesale group insuranceinsurans kumpulan boronginsuransTiadaPelan yang melindungi kumpulan yang setiap peserta diberi polisi individu dengan peruntukan standard tetapi diberi faedah yang berbeza. Setiap individu dikenakan pengunderaitan tersendiri. Polisi seperti ini biasanya dikeluarkan bagi kumpulan yang kecil yang tidak layak mendapat perlindungan insurans kumpulan biasa. Polisi ini biasanya dijual kepada para pekerja dengan persetujuan atau kebenaran majikan mereka.
subprofessional groupkumpulan subikhtisasSains PolitikPolitik PerbandinganKumpulan separa profesional atau separuh mahir dalam sesuatu bidang atau organisasi. Dalam organisasi, kumpulan ini membentuk sebahagian besar daripada golongan pekerja. Kelompok ini tidak memiliki kemahiran yang tinggi tetapi tetap diperlukan sebagai kakitangan sokongan yang penting. Contohnya, golongan pembantu tadbir.
puritanismpuritanismeKesusasteraanTiadaPegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika.
group characteristicciri kumpulanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKumpulan haiwan yang semua ahlinya mempunyai ciri umum yang sama dan dapat melahirkan anak yang mempunyai ciri kumpulan yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas