Y-chromosome | kromosom-Y | Kejururawatan | Tiada | Kromosom seks lelaki. Pada lelaki, kromosom-Y berpasangan dengan kromosom-X. |
patriarchy | patriarki | Kesusasteraan | Tiada | Institusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa, wanita sering dipaparkan stereotaip sebagai lambang seks dan wanita dikatakan kurang pintar berbanding lelaki. Dalam kritikan kesusasteraan dari sudut feminis, diskriminasi patriarki ini didedahkan melalui kritikan terhadap stereotaip watak wanita. Kritikan dari sudut ini menampilkan kejayaan pengarang wanita yang selama ini terabai. Kritikan ini juga mencadangkan gaya penulisan bersifat kewanitaan yang tidak membawa nada yang tegar tetapi lebih bersifat empati. Patriarki berasal daripada perkataan Yunani patriarches, iaitu pater yang bermaksud �bapa� dan archein yang bermaksud �memerintah�. Lihat juga ginokritisisme. |
bromance | akrab lelaki | Umum | Tiada | Perhubungan persahabatan yang sangat rapat antara dua (2) orang lelaki. |
patriarchy | patriarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem sosial, politik atau kekeluargaan yang meletakkan lelaki sebagai pemimpin utama. Dalam sistem ini, ketua bagi keluarga, masyarakat atau negara mestilah seorang lelaki dan dalam konteks sosial lazimnya Ielaki yang paling tua. Keputusan penting dalam masyarakat dan keluarga akan diputuskan oleh golongan lelaki. Kedudukan wanita pula tidak mendapat keutamaan dalam masyarakat yang bersifat patriarki ini. Kebanyakan negara Arab bersifat patriarki seperti Arab Saudi, Kuwait, Maghribi, Iraq dan Jordan. |
puberfonia | puberfonia | Sains Kesihatan | Tiada | Suara lelaki dewasa yang seperti suara kanak-kanak lelaki belum baligh, iaitu suara belum pecah. |
genderqueer | genderkuira | Sosiologi | Tiada | Berkaitan dengan orang yang menganggap dirinya tidak termasuk dalam kategori lelaki atau perempuan, tetapi mempunyai sifat lelaki dan perempuan. |
masculinity | kelelakian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sifat, tingkah laku, ciri-ciri dan peranan yang dikaitkan dengan lelaki. Tahap hormon testosteron yang tinggi pada lelaki berkait rapat dengan tingkah laku agresif mereka. |
Oedipus complex | kompleks Oedipus | Kesusasteraan | Tiada | Nafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams. |
female murder | pembunuhan wanita | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang pada lazimnya dilakukan oleh lelaki dengan menyasarkan wanita sebagai mangsa kerana mangsa ialah wanita. Contohnya, pembunuhan wanita yang dilakukan oleh lelaki kerana perasaan kecewa terhadap wanita tersebut. Contoh lain ialah pembunuhan bayi oleh ahli keluarga kerana bayi itu perempuan. |
sex discrimination | diskriminasi jantina | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita. |