Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. melawan pihak berkuasa atau kerajaan: orang Belanda yg bermazhab Protestan ~ melawan kekuasaan Sepanyol; 2. menunjukkan kemarahan atau penentangan terhadap sesuatu perkara: sikap majikan yg tidak bertimbang rasa itu membuat Hasyim ~; ia memaparkan perasaan peribadinya dgn gaya yg memperlihatkan pergolakan jiwanya yg ingin ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak menurut perintah orang yg berkuasa; beramai-ramai melawan pihak yg berkuasa; melawan kuasa yg sah: Golongan-golongan yg ~ itu telah dpt ditumpaskan oleh pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberontak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dadaismdadaismeKesusasteraanTiadaGerakan medenisme yang bermula di Zurich dan menjadi popular di New York pada tahun 1916 � 1922. Gerakan dadaisme bertujuan untuk memprotes atau memberontak penerimaan idea kelas menengah mengenai logik, makna, bentuk dan peraturan. Istilah dadaisme melambangkan kebebasan tanpa batasan, bersifat antiperaturan dan antibudaya dan dimanifestasikan dalam sastera melalui collage, iaitu susunan objek dan perkataan secara rawak supaya tercipta satu pola yang tidak logik atau tidak bermakna. Dadaisme digantikan dengan surealisme selepas tahun 1921 apabila diserapkan dalam gerakan baharu ini. Lihat juga surealisme.
negritudenegritudeKesusasteraanTiadaGerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance.

Kembali ke atas