micro focus X-ray tube | fokus mikro tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti tiub sinar-X yang mempunyai titik fokus bersaiz mikro pada sasaran anod. Saiz titik fokusnya kurang dari 0.1 mm. Peranti ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik. |
microaggression | langsang mikro | Psikologi | Tiada | Cercaan secara halus yang selalunya tidak disengajakan terutamanya terhadap ahli minoriti atau kumpulan terpinggir. |
micro-state | negara mikro | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang sangat kecil dari segi bentuk saiz atau bilangan penduduk seperti Monaco, Nauru, Tuvalu, Kiribati, Grenada, Antigua, Dominica dan St. Lucia. Negara ini mempunyai saiz lebih kurang 200-300 km persegi dan penduduk kurang daripada 50 000 ribu. |
micro-learning | pembelajaran mikro | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan penyampaian pembelajaran atau latihan yang melibatkan unit pembelajaran kecil, singkat dan lengkap yang terdiri daripada beberapa kandungan secekut dan aktiviti pembelajaran jangka pendek. |
microfibril | mikrofibril | Buluh | Tiada | Bebenang halus bersaiz mikro pada dinding sel, yang terdiri daripada molekul selulosa dan hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop elektron pengimbasan. |
microelectromechanical device | peranti mikroelektromekanik | Fizik | Nanoteknologi | Alat bersaiz mikro yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, mikropam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. Lihat juga sistem mikroelektromekanik (MEMS). |
microbentos | mikrobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik yang bersaiz mikro atau sangat kecil, iaitu kurang daripada 10 mikrometer (0.1 mikrometer). Contohnya, bakteria, diatom, siliata dan flagelata. Banding makrobentos, meiobentos. |
microplankton | mikroplankton | Sains Marin | Tiada | Organisma plankton yang bersaiz mikro dalam julat ukuran 20-200 mikrometer. Contohnya, protista eukariot yang bersaiz besar, kebanyakan fitoplankton, foraminifera, siliata, rotifera dan peringkat larva krustasia. |
microfluidics | mikrobendalir (ilmu) | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair. |
chip | suban; serpih; racik; cip (elektronik) | Perpustakaan | Tiada | Unit mikrofilem yang mengandungi imej mikro, atau imej-imej yang lain dan pengenalan berkod yang digunakan dalam sistem mendapat kembali maklumat secara automatik. |