Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petroleum;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liquefied petroleum gas (LPG)gas petroleum cecairKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGas asli yang disimpan dalam keadaan cecair dan meruap pada tekanan atmosfera, yang digunakan sebagai bahan api sesetengah kenderaan.
carbon blackkarbon hitamFizikNanoteknologiSerbuk amorfus karbon bersaiz nanometer yang terbentuk daripada hasil pembakaran yang tidak sempurna bahan petroleum atau minyak sayuran seperti tar arang batu. Karbon hitam digunakan sebagai pigmen dan penguat getah di dalam tayar.
synthetic oilminyak sintetikKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak pelincir buatan yang lebih berkualiti berbanding minyak pelincir mineral tulen yang berasaskan petroleum. Minyak sintetik lebih tahan pada suhu yang tinggi dan kurang likat pada suhu yang rendah berbanding minyak mineral tulen.
synthetic oilminyak sintesisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMinyak tiruan yang dibuat daripada bahan bukan minyak mentah asli yang berasaskan petroleum.
export taxcukai eksportEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport.
hidden taxcukai tersembunyiEkonomiTiadaCukai tak langsung yang dipindahkan kepada pengguna dengan menambahkan harga barang yang dijual, tanpa pengetahuan pengguna. Misalnya, duti yang dikenakan terhadap petroleum yang diimport.
blended fuelbahan api campuranKejuruteraan AutomotifEnjinBahan api yang dihasilkan daripada campuran dua bahan api berlainan sumber. Contohnya, bahan api biodiesel yang merupakan campuran bahan api diesel daripada sumber petroleum dengan minyak sayuran seperti kelapa sawit pada nisbah tertentu.
raw materialbahan mentahEkonomiTiadaBahan asli untuk proses pengeluaran atau bahan perkilangan separuh proses yang diperlukan untuk proses perkilangan selanjutnya. Bahan mentah boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu bahan yang boleh digunakan secara terus, seperti buah kelapa sawit untuk pengeluaran minyak kelapa sawit, bahan mentah yang perlu diubahsuai secara tak langsung seperti kayu balak yang perlu dipotong untuk pengeluaran perabot, dan bahan mentah yang perlu diubah bentuk melalui proses perkilangan yang kompleks seperti bahan petroleum untuk menghasilkan keluaran petrokimia.

Kembali ke atas