Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil libertieskebebasan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan.
revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.
allocations of valuesperuntukan nilaiSains PolitikPolitik PerbandinganPenerapan nilai positif dalam sistem politik sesuatu masyarakat yang menjadi panduan kepada seseorang individu, organisasi atau badan pentadbir. Nilai yang terdapat dalam masyarakat merupakan elemen penting yang dibuat untuk mengukuhkan tahap perkhidmatan. Penerapan ini penting untuk mencapai prestasi perkhidmatan yang cekap, bersih dan terhindar daripada gejala negatif. Contohnya penerapan nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
absolute deviationselewengan mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganPenyimpangan daripada amalan yang lazim diamalkan dalam konteks sistem politik atau pemerintahan yang bersifat mutlak. Penyelewengan ini berlaku melalui dasar, pentadbiran, ideologi dan sebagainya yang boleh meninggalkan kesan yang besar kepada sesebuah negara. Contohnya, dasar Perestroika dan Glasnost yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev di Soviet Union pada tahun 1987 yang menyimpang daripada tradisi sistem komunis Soviet Union.
political ideologyideologi politikSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi.
one-party systemsistem satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang membenarkan hanya satu parti politik wujud dalam sebuah negara. Kehadiran parti lain atau parti pembangkang dianggap menyalahi undang-undang dan diharamkan. Sistem ini hanya terdapat di negara yang mengamalkan sistem politik komunis dan fasis. Parti tunggal yang wujud inilah yang akan membentuk kerajaan, memonopoli persaingan politik dan pembangunan negara tersebut. Persaingan politik hanya wujud dalam bentuk persaingan dalaman parti yang bersifat terbatas. Contohnya, Parti Komunis China di Republik Rakyat China dan pemerintahan Parti Nazi Jerman di bawah pemerintahan Hitler.
democratizationpendemokrasianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan pemerintahan atau pentadbiran kepada lebih demokrasi yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks politik, proses ini merupakan usaha untuk menambah dan memperbaik ciri-ciri demokrasi dalam sistem politik. Proses ini lazimnya dicetuskan oleh organisasi sivil yang menuntut pemerintah supaya menjadi lebih demokrasi seperti membenarkan pembentukan parti politik selain daripada parti pemerintah, membenarkan rakyat berorganisasi, menegur kerajaan yang mengamalkan penyelewengan dan menuntut pemerintah memberi ruang bersuara kepada rakyat. Konsep ini mula diperkenalkan oleh John Bryce pada tahun 1886.
political crimejenayah politikKriminologiKeadilan JenayahJenayah atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk mencapai tujuan politik. Jenayah ini selalunya disasarkan kepada negara/kerajaan atau sistem politik. Contohnya, serangan siber yang dilakukan ke atas sistem komputer kerajaan dengan tujuan menggugat keupayaan pentadbiran negara.
activismaktivismeSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional.
dependencykebergantunganSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein.
12345678910...

Kembali ke atas