Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. potongan atau keratan yg rata (spt potongan ubi, roti, dll), potongan yg lebar dan pipih (spt potongan roti dll); 2. ark garis tengah bulatan, garis pusat; 3. = ~ tembakau Jk tembakau yg berkeping-keping spt lempeng; menampang mengerat, memotong, meng­hiris; penampang permukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong di tengah-tengah muka belahan (keratan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. bongkah timah yg berbentuk spt bata; 2. wang timah yg berharga ringgit; ~ jongkong wang timah yg berbentuk spt perahu; ~ roman wang timah yg berbentuk spt bata dan padu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ muka 1. rupa (bentuk) muka, tampan muka, paras, wajah: biarpun kulitnya sudah mulai kerenyut di sini sana, namun ~ dan air mukanya tetap manis; menjual ~ berlagak; 2. bentuk muka dipandang dr sisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : potongan atau keratan yg rata dan pipih, spt potongan roti. menampang mengerat atau me­motong rata. penampang per­mukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 bongkah timah yg bentuknya spt bata. 2 wang timah yg bernilai ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ist dpt hidup, membesar dan membiak tanpa persenyawaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampang (kata nama)
Bersinonim dengan potongan, keratan, hirisan;,
Kata Terbitan : menampang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rhizomerizomHerbaTiadaBatang berisi yang tumbuh secara mendatar di dalam tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Rizom utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, rizom kunyit, rizom halia, rizom lengkuas dan rizom temu lawak.
tuberubiHerbaTiadaOrgan batang atau akar yang membengkak dan tumbuh di dalam tanah. Ubi berfungsi sebagai penyimpanan makanan, bertahan selama satu tahun dan bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Ubi akar (umbi) seperti ubi jaga membesar daripada akar adventitius manakala ubi batang seperti ubi kentang mempunyai putik atau mata. Ubi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan.

Kembali ke atas