major variation | variasi besar | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Perubahan besar pada produk berdaftar yang boleh menjejaskan dengan ketara dan/atau secara langsung terhadap kualiti, keselamatan, keberkesanan dan manfaat yang dinyatakan. Variasi besar tidak termasuk dalam definisi variasi kecil dan pendaftaran baharu. Menurut Garis Panduan Variasi bagi Produk Semula Jadi (Ubat Tradisional dan Homeopati) dan Makanan Tambahan Kesihatan Malaysia, contoh variasi besar seperti perubahan pada indikasi, label dan proses pembuatan. Variasi besar pada produk berdaftar perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. |
molecular sieve | penapis molekul | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif. |
splinter party | parti serpihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977. |
large porous particle (LPP) | zarah besar berliang (LPP) | Fizik | Nanoteknologi | Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan. |
vassal-state | negeri Iindungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negeri yang berada di bawah perlindungan satu kuasa besar. Negeri ini memiliki kerajaan dan pemerintahan sendiri tetapi ikatan dengan kuasa besar meletakkannya dalam kedudukan subordinat dan kedaulatan yang tidak mutlak. Pergerakan negeri ini sentiasa diawasi oleh penaungnya dan ia tidak bebas bertindak seperti negara lain. Contohnya, kedudukan Kedah, Kelantan dan Terengganu pada abad ke-18 di bawah pemerintahan Siam merupakan kedudukan yang bersifat negeri lindungan. |
suzerainty | pertuanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik di sebuah atau beberapa negara yang terpaksa tunduk dan akur kepada penguasaan sebuah negara yang lebih besar dan kuat. Keakuran ini banyak melibatkan hal-hal luar negara dan perdagangan antarabangsa, manakala hal ehwal dalam negara tidak tertakluk kepada kuasa besar tersebut. |
accordion door | pintu palas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pintu yang diperbuat daripada kepingan kayu, plastik atau logam yang menegak dan bersambung antara satu sama lain. Pintu ini unik kerana tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilipat sepenuhnya untuk mendapatkan saiz bukaan yang maksimum. |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato. |
waiver of coinsurance | penepian koinsurans | insurans | Tiada | Polisi harta yang tidak mengenakan fasal koinsurans jika kerugian keseluruhan tidak melebihi amaun yang tercatat, seperti 2% daripada jumlah diinsuranskan atau amaun RM2500 mengikut yang mana lebih besar. |
protest movement | gerakan protes | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq. |