Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baroquebarokKesusasteraanPuisiGaya dalam pengucapan seni sastera termasuk puisi dan bentukbentuk seni seperti seni rupa, seni bina dan seni muzik. Biasanya puisi yang dicipta pada zaman barok ini disarati bunga-bunga bahasa anafora, hiperbola dan metafora. Cara pemaparannya meleret-leret dan berlebih-lebihan. Gaya pengucapan dan penampilan barok mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah.
kidungkidungKesusasteraanPuisiNyanyian atau lagu yang bahannya diambil daripada syair atau bentuk-bentuk puisi yang lain. Lazimnya sesuatu kidung yang dilagukan mengandungi atau menggambarkan sesuatu perasaan.
bathosbatosKesusasteraanPuisiKegagalan khalayak pembaca mendapat sesuatu kesan yang diharapkan setelah membaca sesebuah puisi atau bentuk-bentuk kesusasteraan yang lain. Umpamanya pembaca mengharapkan rasa gembira, tetapi setelah membacanya, timbul perasaan sedih. Sinonim kesan sumbang.
Egyptian stylegaya MesirKesenianHiasan DalamanGaya perabot yang diperkenalkan pada zaman Mesir purba dari tahun 4000 SM hingga 300 M, yang berasaskan bentuk-bentuk piramid, batu obelisk, monolit, pilon dan tiang teratai. Bentuk perabot ini mengandungi peti, meja, kerusi lipat dan bangku berkaki silang serta tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Motif yang biasa digunakan adalah seperti cakera solar, sfinks, kambing gurun, mensiang, lili atau bakong.
shi�r ?l-m?d?shi�r ?l-m?d?KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur pujian. Shi�r ?l-m?d? mempunyai dua bentuk. Bentuk pertama ialah puisi yang dicipta untuk mendapatkan habuan. Contohnya, dalam karya al-Nabighah al-Dhubyani penyair zaman jahiliah berjudul Mu�allaqat. Bentuk kedua ialah puisi yang dicipta secara ikhlas untuk seseorang yang disanjung tanpa mengharapkan sebarang habuan. Bentuk puisi pujian ini agak memberangsangkan pada zaman awal Islam, terutamanya karya Zuhayr ibn Abi Sulma yang menulis puisi pujian secara jujur. Contoh dalam sastera Parsi ialah syair tulisan Rundaki dan �Unsuri yang terdapat dalam Divan.
idiosyncracyidiosinkrasiKesusasteraanPuisiAspek kejadian yang dapat dikesan pada pemikiran dan struktur pengolahan, umpamanya dalam pemilihan diksi, pembentukan frasa, pembinaan kalimat, penciptaan bahasa kiasan dan juga bentuk-bentuk, isual yang menjadi keperibadian penyair.
human traffickingpemerdagangan manusiaKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau aktiviti eksploitasi manusia yang melanggar hak asasi, bertujuan untuk mengaut keuntungan ekonomi. Tindakan ini melibatkan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang. Langkah-langkah eksploitasi yang dilakukan termasuklah menggunakan ancaman, kekerasan atau bentuk-bentuk paksaan yang lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan. Mangsa juga mungkin dilibatkan atau diperdayakan dengan bentuk pemberian, bayaran atau habuan-habuan lain. Bentuk eksploitasi lain termasuklah eksploitasi seksual, buruh paksa, perhambaan dan penuaian organ.
transmediatransmediaUmumTiadaInteraksi antara pelbagai bentuk media yang membawa kepada penumpuan dan juga pemindahan kandungan dari satu bentuk media ke bentuk yang lain. Dengan kata lain, transmedia merujuk kepada hubungan antara pelbagai bentuk media.
spray patterncorak semburanKejuruteraan AutomotifEnjinBentuk jet bahan api yang keluar daripada penyuntik bahan api kesan daripada tekanan yang dikenakan kepada penyuntik dan bentuk muncung. Bentuk semburan berubah apabila penyuntik tidak berfungsi dengan sempurna.
organic formbentuk organikKesusasteraanTiadaBentuk sesebuah karya sastera yang dilahirkan daripada bahan tematik dan gagasan pengarang. Perkembangan sesebuah karya disamakan dengan pertumbuhan organisma yang hidup. Socrates pernah mengemukakan analogi antara perkembangan ujaran dengan pertumbuhan makhluk. Seterusnya, tokoh romantis dari Jerman dan Inggeris memperdalam analogi ini. Mereka berpendapat bahawa sesebuah karya berkembang seperti organisma hidup, daripada suatu konsep pokok. Bentuk yang berlawanan dengan bentuk organik ialah bentuk mekanikal. Pendekatan bentuk mekanikal mengemukakan dan peraturan yang dikenakan kepada pengarang dalam pengolahan bahan tematik.
12345678910...

Kembali ke atas