genotype | genotip | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Keseluruhan set gen dalam sel, organisma atau individu. Genotip ialah faktor utama yang menentukan fenotip organisma. Gen untuk ciri tertentu mungkin wujud dalam dua bentuk alel, dominan (AA) dan resesif (aa). Terdapat tiga genotip berkemungkinan wujud untuk ciri tertentu. Contohnya, genotip AA menggambarkan homozigot dominan, manakala genotip Aa ialah contoh dominasi heterozigot. Genotip aa ialah contoh homozigot resesif. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |
spectroscopic analysis | analisis spektroskopi | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran bahan kimia berdasarkan interaksi jirim dengan sinaran elektromagnet yang mengakibatkan penyerapan dan pemancaran. Kaedah ini termasuk sinar-X, ultralembayung (UV), cahaya nampak (Vis), inframerah (IR), resonans magnet nukleus (NMR), penyerapan atom (AA), spektroskopi jisim (MS), pendarfluor dan teknik penyerakan cahaya. Pengukuran direkodkan dalam bentuk digit atau spektrum menggunakan peralatan spektrometer. Data yang dihasilkan daripada analisis ini digunakan untuk menentukan identiti atau kepekatan bahan kimia tersebut. Kaedah ini berguna untuk memastikan kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan suatu bahan mentah dan sediaan herba. |