ad hoc committee | jawatankuasa ad hoc | Sains Politik | Politik Perbandingan | Jawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk). |
ad hoc authority | autoriti sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk kuasa yang diberikan kepada seseorang, organisasi atau badan tertentu. Kuasa jenis ini bersifat sementara atau untuk satu jangka masa tertentu sahaja. Kuasa sementara ini wujud ekoran daripada timbulnya sesuatu kemelut, pertelingkahan atau penyelewengan yang memerlukan satu badan lain yang bebas untuk menyelesaikan dan menyiasat hal tersebut. Kuasa autoriti ini akan tamat apabila tugas yang diberi telah selesai. Contohnya, pembentukan badan penyiasat jenayah perang di Bosnia Herzegovina oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memiliki kuasa sementara. |
ad hoc | talian sementara | Komunikasi | Tiada | Talian perhubungan yang disediakan oleh pihak komunikasi secara sementara bagi tujuan siaran atau rancangan khas. Talian ini ditamatkan selepas penggunaannya selesai. |
ad space | ruang iklan | - | Tiada | Ruang di laman web atau dalam bahan terbitan yang diperuntukkan khusus untuk pengiklanan. |
ad valorem tax | cukai ad valorem | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap barangan berdasarkan peratusan tetap atau mengikut kadar yang dikira atas nilai barangan. Jumlah cukai yang dikenakan berubah-ubah mengikut nilai barangan yang dicukai. Misalnya, cukai harta benda dan duti import. |
ad-hoc planning | perancangan ad-hoc | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perancangan segera untuk sesuatu perkara atau tujuan yang khusus. |
purchase tax | cukai belian | Ekonomi | Tiada | Cukai ad valorem yang dikenakan terhadap harga borong barang-barang tertentu yang bukan barang perlu. Cukai belian dibayar oleh pengguna kepada peruncit yang membayar cukai kepada kerajaan. Cukai belian ialah sejenis cukai tak langsung. |
disjointed incremental | penambahan terputus | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perancangan yang dilakukan secara ad-hoc bagi menyelesaikan sesuatu masalah. |
fandango | fandango | Muzik | Tiada | Tarian Sepanyol berneter tripel dan bertempo rancak. Tarian ini diiringi gitar dan kastanet manakala melodi ad libitum dimainkan oleh pemain violin. |
bestiary | bestiari | Kesusasteraan | Tiada | Karya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memiliki sifat manusia. Antara yang terkenal ialah kisah tentang kuda terbang, ikan duyung dan garuda. |