augmented reality (AR) | realiti terimbuh (AR) | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
Ar-Rahnu Retail Financing Department | Jabatan Pembiayaan Runcit Ar-Rahnu | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jabatan di bawah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang diberi kuasa untuk menguruskan barang-barang gadaian yang gagal ditebus. Jabatan ini ditubuhkan melalui peruntukan undang-undang kecil Akta Koperasi 1993 yang bertanggungjawab mencari beberapa syarikat pelelong berlesen untuk membeli barang gadaian secara borong. Jabatan ini juga berfungsi sebagai pemberi pembiayaan dan pengawalseliaan perniagaan cawangan Ar-Rahnu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. |
argon | argon | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan gas adi, iaitu kumpulan O atau VIIIA 9atau 18) jadual berkala, simbol Ar, nombor atom 18, berat atom 39.95, takat beku –189.3oC, takat didih =185.8oC, berbentuk gas monoatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar, bersifat lengai, dan mempunyai tiga isotop yang stabil, iaitu Ar-40, Ar-36 dan Ar-38. Kandungan argon dalam udara ialah 0.93% mengikut isipadu. Gas ini diperoleh secara penyulingan berperingkat udara cecair. Argon digunakan di dalam mentol lampu elektrik, tabung berpendarfluor, tiub pembilang geiger, laser dan dalam proses pengimpalan. |
coupling reaction | tindak balas gandingan | Kimia | Tiada | Sejenis tindak balas kimia yang menggabungkan dua molekul. Misalnya, pembentukan sebatian azo disebabkan gandingan ion diazonium, ArN2+ dengan gelang aromatik, Ar¢H: ArN2++ Ar¢H ® ArN = NAr¢ + H+ |
Galileo number | nombor Galileo | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor yang mencirikan halaju terminal sfera yang jatuh melalui bendalir dan diberikan oleh dengan Ga = nombor Galileo, m = kelikatan dinamik (poise), r = ketumpatan (kg/m3), g = pecutan graviti (m/s2), D = garis pusat (m). Nombor Galileo dihubungkan dengan nombor Archimedes, Ar oleh Ar = Dr Ga, dengan Dr = perbezaan antara ketumpatan sfera dan bendalir. Sfera di sini merangkumi kesemua objek berbentuk sfera termasuk gelembung. |
reduced core | teras terturun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Garis pusat molekul yang dijelaskan tanpa matra dengan membahagikan garis pusat molekul tersebut dengan parameter tertentu sebagai aR = 2a / (s - 2a), dengan aR = teras terturun, a = jejari molekul, s = jejari molekul tanpa keupayaan pada G = 0. |
maqam (Ar) | maqam | Kesenian | Tiada | Mod Arab. |
nawba (Ar) | nawba | Kesenian | Tiada | Suit Arab awal abad keenam belas. |
oud (Ar) | oud | Kesenian | Tiada | Alat muzik berasal dari Timur Tengah. Sinonim dengan istilah gambus. |
gusheh (Ar) | gusheh | Kesenian | Tiada | Sistem improvisasi Parsi. |