puum | puum | Kesenian | Tiada | Gong leper kaum Bidayuh, Sarawak. |
junggothon (Mal) | jungoton | Kesenian | Tiada | Hap rahang kaum Bidayuh, Sarawak. |
junggon | junggon | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Junggon ialah hap rahang yang diperbuat daripada logam dan dimainkan sebagai muzik hiburan oleh suku kaum Bidayuh di Sarawak. |
peruncung | peruncung | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Peruncung terdiri daripada beberapa batang buluh yang bersenggat. Buluh dipegang oleh seorang pemain dan dipukul dengan pemukul kayu yang akan menghasilkan rentak tersendiri. Beberapa orang pemain memukul buluh masing-masing untuk menghasilkan melodi dan rentak terhasil. Peruncung dimainkan di kawasan padi bukit dan di desa untuk mengajuk muzik yang dimainkan oleh ensembel gong besar. Alat muzik yang dimainkan oleh suku kaum Bidayuh di Sarawak ini juga terdapat di seluruh Asia Tenggara. Alat muzik ini dikenali juga sebagai keruncung. |
engkerumong | engkerumong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul dengan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri daripada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak. |