Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ma.sak.ti] | بيماسقتي

Definisi : jaluran cahaya malap yg terentang di langit pd waktu malam yg terdiri drpd jutaan bintang, nebula, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ma.sak.ti] | بيماسقتي

Definisi : galaksi melingkar berbentuk cakera yg kelihatan spt satu jalur cahaya di langit; gugusan bintang kecil-kecil yg beribu-ribu banyaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bimasakti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Scutum star cloudawan bintang ScutumMatematikTiadaAwan bintang yang agak kecil tetapi sangat terang dalam galaksi Bimasakti di dalam buruj Scutum. Awan ini dikenali sebagai Permata Bimasakti.
Galaxy (Milky Way System)Galaksi (Sistem Bimasakti)MatematikTiadaSistem bintang yang sangat besar. Matahari menjadi anggota atau komponennya. Galaksi ini berbentuk pusar dan seperti galaksi pusar yang lain ia juga sangat leper. Di dalam galaksi ini terdapat kira-kira 100 ribu juta bintang.
galactic rotationputaran galaksiMatematikTiadaPutaran Bimasakti di pusatnya, dan sedikit sebanyak semua komponennya turut juga terlibat dalam putaran ini.
galactic centrepusat galaksiMatematikTiadaPusat graviti galaksi Bimasakti yang di sekelilingnya menjadi tempat matahari dan bintang-bintang lain dalam galaksi kita ini beredar. Pusat ini dikatakan terletak kira-kira 30 000 tahun cahaya dari matahari dari arah Saggitarus, pada longitud paksi 325 darjah dan dilindungi oleh awan bintang tebal dan nebula gelap daripada sistem suria kita.
dark nebulanebula gelapMatematikTiadaTompok gelap dalam Bimasakti, dan berhampiran dengan sesetengah nebula yang cerah yang terserak luas. Tompok-tompok ini dipercayai terdiri daripada awan debu yang mengandungi kumin besi, zink atau tembaga.
centre of galaxypusat galaksiMatematikTiadaPusat graviti galaksi Bimasakti yang di sekeliling matahari dan bintang-bintang lain dalam galaksi kita beredar.
Sagittarius Stars CloudsAwan Bintang SagittariusMatematikTiadaAwan bintang Bimasakti yang paling besar dan paling cerah.
perigalacticonperigalaktikonMatematikTiadaTitik dalam orbit bintang yang mengelilingi Bimasakti yang terletak paling hampir dengan pusat galaksi.
galactic windowsjendela galaksiMatematikTiadaKawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa Bimasakti di mana penyerapan cahaya oleh awan bintang sebegitu rendah sehingga galaksi luar yang jauh dapat dilihat melaluinya.
star cloudsawan bintangMatematikTiadaKumpulan bintang yang amat besar yang membentuk Bimasakti yang kelihatan seperti awan yang cerah. Bintangnya yang paling cerah ialah Awan Sagittarius dan Bintang Seutum.
123456

Kembali ke atas