Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Alocasia indica; ~ air sj tumbuhan (herba), Aglaonema marantifolium; ~ hitam = ~ kilang sj tumbuhan (herba), Alocasia denudata; ~ kecil sj tumbuhan (herba), Typhonium roxburghii; ~ keladi sj tumbuhan (herba), Colocasia esculentum; ~ putih sj tumbuhan (herba), Alocasia spp.; 2. sj tumbuhan (pokok), Fagraea crenulata; 3. ki gatal, gasang; spt ~ tumbuh di tepi lesung prb perihal budak yg lekas besar (subur badan);kebirahan kegatalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan spt keladi dan gatal getahnya, Alocasia indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Birah

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti birah tumbuh di tepi lesung.

Bermaksud :

Anak-anak yang lekas subur.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
couch potatobirah tak beruratUmumTiadaSeseorang yang banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan tidak mempunyai sebarang aktiviti yang menarik dalam kehidupan sehariannya.

Kembali ke atas