Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; memboikot enggan berurus dgn (seseorang, organisasi, dll), biasanya utk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yg berkenaan menerima syarat tertentu, memulaukan: dia menyuruh orang ~ kedai-kedai yg menjual barang dgn harga yg mahal; negara itu ~ semua sidang Majlis Keselamatan;pemboikotan perbuatan (tindakan dsb) memboikot, pemulauan: ~ ke atas barang-barang keluaran negara asing;pemboikot orang (syarikat, negeri, dll) yg memboikot, pemulau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memboikot (bersama-sama dgn orang lain dsb) enggan mengadakan sebarang perhubungan dgn orang, negara atau pertubuhan lain; memulaukan. pemboikotan perbuatan memboikot; pemulauan. pemboikot orang atau pihak yg memboikot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Boikot


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ConfrontationKonfrontasiSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan dua atau lebih pihak terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan sosial, ekonomi atau politik antara pihak tersebut berada dalam konflik. Konfrontasi wujud disebabkan oleh tindakan atau pelaksanaan sesuatu dasar oleh pihak pertama yang dilihat oleh pihak kedua atau ketiga sebagai mengancam kedudukan atau kepentingan mereka. Sebagai tindak balas untuk menggagalkan matlamat pihak pertama, pihak kedua atau ketiga ini mengambil langkah menghalang seperti tindakan ketenteraan, sabotaj atau boikot. Tindakan pihak kedua dan ketiga ini menyebabkan lahirnya suatu keadaan yang tegang antara pihak yang terlibat. Contohnya, Indonesia pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia berhubung dengan isu penubuhan Malaysia 1963.

Kembali ke atas