Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bosnia dan Herzegovina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statehoodtaraf negaraSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri.
ad hoc authorityautoriti sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk kuasa yang diberikan kepada seseorang, organisasi atau badan tertentu. Kuasa jenis ini bersifat sementara atau untuk satu jangka masa tertentu sahaja. Kuasa sementara ini wujud ekoran daripada timbulnya sesuatu kemelut, pertelingkahan atau penyelewengan yang memerlukan satu badan lain yang bebas untuk menyelesaikan dan menyiasat hal tersebut. Kuasa autoriti ini akan tamat apabila tugas yang diberi telah selesai. Contohnya, pembentukan badan penyiasat jenayah perang di Bosnia Herzegovina oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memiliki kuasa sementara.

Kembali ke atas