Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Central Processing Unit (Unit PemĀ­prosesan Pusat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist singkatan bagi Central Processing Unit (Unit Pemprosesan Pusat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata CPU


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary CPUCPU primerKomputerTiadaTiada
secondary CPUCPU sekunderKomputerTiadaTiada
cache memoryingatan cache/paraTeknologi MaklumatTiadaSejenis ingatan berkelajuan tinggi yang bertindak menyimpan sementara data/suruhan yang diperlukan oleh CPU dari ingatan. Data yang disimpan adalah data yang selalu dirujuk ataupun data yang paling baru dirujuk. Ingatan cache (disebut cash) direka bentuk untuk mempercepatkan pemindahan data/suruhan dalaman iaitu antara ingatan dan CPU. CPU akan mencari data/suruhan dalam ingatan cache dahulu, jika tiada akan mengambilnya dari ingatan dan akan juga disalin di cache selain dihantar ke CPU untuk kegunaan selanjutnya. Biasanya saiz cache untuk PC adalah 256KB sehingga 1MB. Cache ini dirujuk juga sebagai Cache paras 2 (L2) kerana berada diluar CPU. Semakin besar saiz cache semakin tinggi kelajuan pemprosesan. Harga ingatan cache adalah lebih mahal dari ingatan RAM.
CPU (central processing unit)CPU (unit pemprosesan pusat)Teknologi MaklumatTiadaKomponen asas sistem komputer yang terdiri daripada unit kawalan dan unit aritmetik dan logik. CPU mengawal dan melaksanakan operasi asas komputer.
pipeliningpenalian paipTeknologi MaklumatTiada1. Dalam pengimejan, teknik ini membolehkan pemampatan dan penyimpanan imej dalam storan dijalankan ketika imej itu masih diimbas. 2. Kaedah perlaksanaan beberapa suruhan oleh CPU secara selari. CPU memproses suruhan kedua sebelum suruhan pertama selesai diproses dan terus memproses suruhan ketiga tanpa menunggu suruhan pertama dan kedua selesai diproses. Kebanyakan CPU komputer mampu memproses sehingga empat suruhan dalam satu- satu masa. Kaedah ini melajukan pemprosesan komputer.
pipeliningpenalian paipTeknologi MaklumatTiada1. Dalam pengimejan, teknik ini membolehkan pemampatan dan penyimpanan imej dalam storan dijalankan ketika imej itu masih diimbas. 2. Kaedah perlaksanaan beberapa suruhan oleh CPU secara selari. CPU memproses suruhan kedua sebelum suruhan pertama selesai diproses dan terus memproses suruhan ketiga tanpa menunggu suruhan pertama dan kedua selesai diproses. Kebanyakan CPU komputer mampu memproses sehingga empat suruhan dalam satu- satu masa. Kaedah ini melajukan pemprosesan komputer.
multitasking)multitugasTeknologi MaklumatPerisianKaedah yang membenarkan beberapa tugas atau proses dilaksanakan dengan perkongsian sumber pemprosesan sepunya seperti CPU. Bagi komputer yang mempunyai satu CPU, hanya satu tugas dapat dilaksanakan dalam satu-satu masa dan ini menimbulkan masalah melaksanakan multitugas. Bagi mengatasi masalah ini, penjadualan tugas digunakan dengan cara suatu tugas dilaksanakan pada masa yang diberikan manakala tugas lain perlu menunggu giliran masing-masing. Tindakan CPU yang beralih untuk melaksanakan tugas lain dikenali sebagai suis konteks.
SDRAM (synchronous DRAM)SDRAM (DRAM segerak)Teknologi MaklumatTiadaCip ingatan DRAM yang disegerakkan dengan jam CPU bagi meningkatkan kepantasan, tanpa masa menunggu antara RAM dengan CPU.
central processing unit (CPU)unit pemprosesan pusatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnit kawalan elektronik yang mengendalikan operasi sistem elektrik dalam kereta.
memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan
12345

Kembali ke atas