Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep deoxyribonucleic acid (juzuk utama yg membentuk bahan genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma hidup, termasuk sesetengah virus yg ter­kan­dung di dlm nukleus sel organisma yg ber­kenaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DNA


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
DNA fragmentationfragmentasi DNABioinformatikBioinformatik MolekulPemotongan jujukan DNA yang besar, biasanya DNA kromosom kepada potongan-potongan DNA yang lebih kecil. Fragmentasi DNA berlaku secara spontan di dalam sel atau dilakukan secara in vitro. Fragmentasi DNA digunakan untuk membina perpustakaan DNA bagi pengklonan jujukan DNA.
linker regionkawasan pemautFizikNanoteknologiSatu kawasan antara manik histon yang disambung dengan dwilapisan DNA. DNA tersebut dikenali sebagai kromatin sementara manik histon dengan garis DNA dikenali sebagai nukleosom. Kawasan ini memberikan kemampuan yang anjal bagi urutan nukleosom melakukan lingkaran seterusnya dan berdiameter 11 nm.
double chaindwirantaianBioinformatikBioinformatik MolekulDua rantaian polinukleotida yang membentuk satu molekul DNA. DNA ini terdiri daripada dua rantaian polideoksinukleotida yang berpintal di antara satu sama lain.
DNA libraryperpustakaan DNABioinformatikBioinformatik MolekulPengumpulan fragmen DNA pelbagai saiz yang telah diklonkan ke dalam vektor pengklonan tertentu supaya penyelidik boleh mengenal pasti dan mengasingkan fragmen DNA yang diperlukan untuk kajian selanjutnya. Contoh perpustakaan DNA ialah perpustakaan DNA genom dan perpustakaan cDNA.
complementary DNADNA pelengkapBioinformatikBioinformatik MolekulDNA yang disintesis dari templat RNA di dalam suatu tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim transkriptase berbalik.
microsatellite DNADNA mikrosatelitBioinformatikBioinformatik MolekulUnit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan.
minisatellite DNADNA minisatelitBioinformatikBioinformatik MolekulUnit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 10 hingga 60 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali.
satellite DNADNA satelitBioinformatikBioinformatik MolekulUnit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang melebihi 60 pasangan bes dan berulang dalam jumlah yang tertentu.
DNA fragmentfragmen DNABioinformatikBioinformatik MolekulCebisan kecil jujukan DNA berukuran antara 100 pasangan bes (bp) hingga 300 bp yang terhasil melalui proses fragmentasi DNA.
deoxyribonucleic acid (DNA)asid deoksiribonukleik (DNA)FizikNanoteknologiPolimer panjang yang merupakan ulangan nukleotida. Nukleotida ini terdiri daripada enam komponen molekul, iaitu dua purina-adenina (A) dan guanina (G), dua piramidina- sitosina (C) dan timina (T), gula-deoksiribosa dan asid fosforik. Purina dan pirimidina dipanggil asas. Panjang DNA ialah 2.2 nm - 2.6 nm. DNA wujud sebagai gabungan pasangan molekul bebenang yang bergabung kuat yang membentuk heliks berganda. Bebenang pertama dipanggil bebenang pengekodan dan bebenang kedua dipanggil bebenang pelengkap. DNA membawa maklumat genetik yang dipanggil gen. Maklumat genetik ini dibaca dan dipindahkan oleh RNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. Molekul DNA dapat digunakan dalam nanoelektronik, elektronik molekul dan nanomekanik.
12345678910...

Kembali ke atas