Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (én) ukuran yg sama dgn setengah saiz poin taip yg digunakan ataupun setengah em. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata En


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enen-TiadaUnit ukuran lelurus dalam bidang tipografi yang bersamaan dengan setengah em dalam fon yang sedang digunakan.
mise en scenemise en sceneKesusasteraanTiadaPengaturan aspek visual dalam penerbitan drama. Pengaturan ini mengambil kira aspek pementasan termasuklah latar hias, prop, tatacahaya, kostum dan lakonan. Mise en scene digunakan dalam pembikinan filem bagi mengatur babak untuk rakaman kamera, tetapi tidak termasuk kerja penyuntingan dan teknik penggambaran.
en routedalam perjalananPelanconganTiadaPerihal sesuatu atau individu yang sedang bergerak menuju ke suatu destinasi tertentu.
chelatekelatKimiaKimia AnalisisLigan multidentat yang boleh membentuk ion kompleks dengan logam untuk membentuk struktur gelang, contohnya etilena diamina yang mengkompleks dengan ion zink (II) bagi membentuk Zn (en)22+
rocker armlengan anggukKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang mempunyai penyangga di tengah, dan kedua- dua hujungnya bergerak turun naik. Lengan angguk ditolak oleh aci sesondol di satu hujungnya, manakala hujung yang lain digunakan untuk menggerakkan alat yang dipacu. Komponen ini merupakan sebahagian daripada rangkaian injap yang mengawal buka-tutup injap pengambilan dan ekzos dalam en- jin. Komponen ini juga terdapat dalam pam bahan api mekanik untuk menggerakkan diafragma pam. Walau bagaimanapun, penggunaan komponen ini berkurangan dalam kebanyakan enjin semasa, untuk mengurangkan kehilangan geseran dan meningkatkan kecekapan mekanik.

Kembali ke atas