environmental performance tool | pengukur prestasi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Instrumen yang digunakan untuk mengukur prestasi alam sekitar. Contohnya, ISO 14001:2015 dan Ekopengurusan dan Skim Audit EU (EMAS). |
shif reagent | reagan anjakan | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan. |
preferential system | sistem keutamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem perdagangan antarabangsa yang memberi kelonggaran cukai kepada beberapa negara tertentu yang mendapat keutamaan kerana menganggotai satu pertubuhan yang sama atau memiliki latar belakang yang sama dan sebagainya. Persetujuan ini diterima secara bersama untuk kebaikan ahli. Walaupun begitu, apabila mereka berurusan dengan negara lain di luar komuniti tersebut mereka akan dikenakan cukai yang berlainan kadarnya. Contohnya, anggota Kesatuan Eropah (EU) mendapat sistem keutamaan percukaian dalam perdagangan antara negara tersebut. |