Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (fĂ©lda) akronim bagi Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata FELDA


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statutory bodybadan berkanunPentadbiranTiadaAgensi yang diperbadankan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri yang berperanan melaksanakan dan melancarkan fungsi jabatan kerajaan. Badan berkanun bersifat separa kerajaan yang bertujuan menjalankan aktiviti bercorak komersil atau separuh komersil. Sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran badan berkanun seperti fungsi, urusan perkhidmatan, peruntukan kewangan dan perjawatan diperuntukkan di bawah akta atau enakmen yang berkaitan. Contohnya, FELDA, MARA, FAMA dan RISDA.
public sector agencyagensi sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan, syarikat atau badan yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berorientasikan kepada matlamat kerajaan. Agensi sektor awam merupakan jentera pentadbiran yang menjalan dan melaksanakan hasrat serta objektif kerajaan berdasarkan garis panduan yang tertentu untuk menjamin kebajikan dan keselamatan orang ramai. Agensi ini boleh dikategorikan kepada pelbagai aspek seperti syarikat perniagaan, badan kebajikan, peningkatan produktiviti dan pembangunan masyarakat. Setiap agensi mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing, namun masih tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, FELDA, FINAS, BSN dan MARA.

public corporationperbadanan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan seperti sektor perindustrian, pertanian, kewangan, perniagaan, pendidikan, pembangunan wilayah, latihan dan sebagainya.Tujuan penubuhan perbadanan awam adalah untuk membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara dan dalam aktiviti yang melibatkan sektor swasta tidak mahu menceburinya kerana kurang menguntungkan dan memerlukan modal yang besar. Perbadanan awam wujud berikutan peningkatan kehendak persekitaran, taraf hidup dan pembangunan ekonomi. Perbadanan Awam terbahagi kepada dua, iaitu Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Bukan Berkanun. Antara contoh perbadanan awam di Malaysia ialah PKEN, BERNAS, PERNAS, FELDA, MARA dan FAMA.


Kembali ke atas