flexible management | pengurusan fleksibel | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara dan kaedah mentadbir atau mengurus organisasi secara luwes dan anjal bagi memudah serta mempercepat pencapaian matlamat dan wawasan yang telah ditetapkan. Pengurusan fleksibel merangkumi kepimpinan yang telus, keharmonian hubungan majikan-pekerja dan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Biasanya, kaedah pengurusan organisasi ini tidak terikat secara langsung dengan karenah birokrasi dan pita merah (red-tape), yang boleh menjejaskan operasi sesebuah organisasi. Bentuk pengurusan ini juga mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan efisien. Pengurusan fleksibel akan mewujudkan budaya kerja yang lebih kondusif dan memudahkan segala urusan. |
flexible test | testa fleksibel | Geologi | Tiada | Tiada |
flexible decision | keputusan fleksibel | Sains Politik | Tiada | Tiada |
flexible response | tindak balas fleksibel | Sains Politik | Tiada | Tiada |
active centre | pusat aktif | Biologi | Genetik | Bahagian fleksibel pada enzim yang mengikat kepada substan dan mengubahnya kepada hasil tindak balas. |
semifixed stance | dirian separa tetap | Sukan | Tiada | Dirian hantaran yang fleksibel dengan sebelah kaki melangkah ke depan ketika menghantar bol. |
fibreoptic bronchoscope | bronkoskop gentian optik | Perubatan | Tiada | Alat gentian optik fleksibel yang digunakan untuk melihat bahagian dalam trakea dan bronkus bagi tujuan diagnostik (biopsi tisu) dan terapeutik (pengeluaran benda asing dan sekresi). Alat ini juga boleh digunakan untuk intubasi. |
plasticization | pemplastikan | Kejuruteraan | Polimer | Penukaran polimer keras dan berkaca kepada pepejal fleksibel dan bergetah hasil tindakan sebatian organik, seperti ester. |
cling film | filem lekap | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Filem plastik nipis, fleksibel dan lut sinar yang digunakan untuk membalut makanan. Filem lekap mudah melekat pada permukaan yang licin dan sering digunakan untuk melindungi makanan daripada tercemar oleh habuk, serangga dan sebagainya. |
aluminium foil | kerajang aluminium | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Aluminium dalam bentuk kepingan nipis yang fleksibel dan mudah dikoyak untuk membungkus atau menutup makanan. |