formulaic substitutions | substitusi formulaik | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu perkataan yang digantikan untuk disesuaikan dengan acuan yang telah ditetapkan. Contoh: 'raja yang ghani' ditukar kepaa 'raja yang ghana' dalam menulis sebuah baris syair untuk mendapatkan rima akhir yang dikehendaki a-a-a-a. Contoh: Keempat perempuan yang sempurna; Perdana menteri yang bijaksana; Mempersembahkan kepada raja yang ghana; Masa berhimpun di dalam istana. [Syair Siti Zubaidah Perang China, DBP, 1983, hlm9] |
hatsiatsid | hatsiatsia | Muzik | Tiada | Selingan dalam ensembel axatsewu dan akpewu dari Ghana yang dinyanyikan oleh penyanyi solo dan korus. Sementara penarinya pula diiringi loceng atau rattle. Dram tidak digunakan dalam selingan tersebut. Lihat juga axatsewu. |
gahu | gahu | Muzik | Tiada | Sejenis tarian masyarakat Anlo Ewe dari Ghana yang diadaptasikan daripada tarian masyarakat Yoruba dari Nigeria. Penari menari secara bulatan diiringi pelbagai jenis dram. Gahu juga merupakan sejenis gaya permainan dram yang popular dalam kalangan masyarakat Anlo Ewe. Alat penting termasuklah dram, iaitu agboba dan adodo, loceng, iaitu gankogui, dan rattle, iaitu axatse. |
axatsewu | axatsewu | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang didominasi oleh pelbagai jenis alat muzik rattle, iaitu axatsewu di Ghana, Afrika. Ensembel ini dimainkan untuk mengiringi tarian dalam sesuatu majlis oleh masyarakat Anlo. Alat muzik lain dalam ensembel ini termasuklah loceng, iaitu gankogui serta dram, iaitu atsimewu, sogo, kidi dan kaganu. Axatse bermaksud rattle dan wu bermaksud dram. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
world music | world music | Muzik | Tiada | Muzik popular yang mencantumkan idiom muzik popular Amerika Syarikat dan Eropah dengan elemen muzik Afrika, Amerika Latin, India dan negara lain. World music ini diperkenalkan oleh syarikat muzik transnasional di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memasarkan muzik tersebut pada tahun 1980-an. Contoh world music termasuklah reggae (Jamaica), rai (Algeria), highlife (Ghana), b |