intensive care unit (ICU) | unit jagaan rapi/unit rawatan intensif (ICU) | Perubatan | Tiada | Bahagian khas di hospital yang menyediakan rawatan rapi dan teliti untuk merawat pesakit yang tenat. |
administrative agency | agensi pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Agensi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu agensi pusat dan agensi mengurus. Agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi mengurus. Contoh agensi pusat ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), manakala agensi mengurus ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Agensi mengurus pula berperanan melaksanakan perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi memastikan agensi mengurus bertindak dengan cekap dan berkesan, maka agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan dalam mengawasi perjalanan agensi tersebut. |
central agency | agensi pusat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan bertindak kerajaan di peringkat persekutuan yang bertanggungjawab menggubal dasar pengurusan kewangan dan membantu membangunkan ekonomi negara. Badan ini juga terlibat dalam pengurusan sumber manusia sektor awam di samping memantau dan mengawalselia pelaksanaan dasar yang berkaitan. Contoh agensi pusat ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Kesemua agensi pusat ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. |