kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Tiada | Versi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya �Kakawin Kawin�. |
Bhakti poetry | puisi Bhakti | Kesusasteraan | Tiada | Puisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada orang lain. Bhakti berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud �amal soleh dan pengabdian�. |
anga | anga | Muzik | Tiada | Subbahagian tertentu dalam tola, iaitu pusingan masa dalam muzik klasik India Selatan(Kamatak). Terdapat tiga jenis anga dalam sesuatu tala, iaitu anudruta, druta dan laghu. Anudruta terdiri daripada satu bit atau akshara, druta dua bit dan laghu tiga, empat, lima, tujuh atau sembilan bit. |
Brahmin | Brahmin | Kesusasteraan | Tiada | Salah satu kelas atau kasta yang terdiri daripada golongan pendeta di India. |
zenana | zenana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang rehat persendirian bagi perempuan yang berkasta tinggi di dalam rumah India. |
ayurvedic | ayurvedik | Herba | Pemiawaian | Salah satu kaedah perubatan alternatif yang tertua di dunia dan berasal dari India. Tiga buah buku rujukan utama dalam perubatan ayurvedik ialah Charaka Samhita, Shushruta Samhita dan Astanga Hridaya. Dalam buku tersebut terkandung khasiat perubatan daripada herba, contohnya hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang digunakan untuk merawat demam panas. |
paisley | paisley | Kesenian | Hiasan Dalaman | Fabrik kapas, sutera atau bulu yang ditenun dengan corak berlingkar atau bercetak yang popular di Kashmir, India pada abad ke-19. Paisley mempunyai reka bentuk melengkung, yang diilhamkan daripada bentuk daun palma kecil. Contohnya, paisley Scotland yang bermutu tinggi. |
kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Jawa Klasik . Bentuk irama kakawin dalam kesusasteraan Jawa ini jelas mendapat pengaruh daripada Asia Tengah (India) dan ditulis dalam bentuk tulisan (bahasa) kawi, iaitu bahasa Jawa Kuno yang sering dipakai dalam penciptaan hasil kesusasteraan. Contohnya, Kakawin Ramayana. |
ebony | eboni | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu hitam keras tropika bergenus diospyros, yang mempunyai tekstur yang padat dan boleh dikilatkan. Kayu eboni yang terkenal adalah daripada jenis diospyros ebenum dari selatan India dan Sri Lanka; dan diperdagangkan sebagai eboni Ceylon. Eboni biasanya digunakan untuk membuat perabot, terutamanya kekunci piano dan bernilai tinggi apabila digunakan untuk menghasilkan barangan hiasan seperti replika atau miniatur berbentuk haiwan. |
bazaar | bazar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan perniagaan yang luas dipenuhi dengan unit- unit perniagaan runcit yang menjual barang yang murah seperti cenderamata dan sebagainya. Biasanya wujud di negara-negara Timur Tengah dan India. |