cross of Jesus | salib-Al-Masih | Sejarah | Tiada | Lambang agama Kristian yang berupa palang berbentuk 't' kecil. |
passion play | lakon derita | Kesusasteraan | Tiada | Penampilan dramatik tentang kesengsaraan Jesus di tiang salib atau penderitaannya setelah perjamuan Malam Terakhir. |
passion play | drama penyalihan | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mementaskan kisah penyalihan dan kebangkitan semula Jesus. Biasanya drama ini dipentaskan pada hari Good Friday dalah agama Kristian. Dalam ini mula dipersembahkan seawal abad ke-13 di Eropah dalam bahasa Latin dan bahasa tempatan. Contoh terbaik drama penyaliban terdapat di Oberammergau, Bavaria yang dipentaskan setiap 10 tahun sekali semenjak tahun 1633. Drama ini juga dikenali sebagai drama takziah dan drama tabui. |
carol | karol | Muzik | Tiada | Lagu tradisional bagi perayaan Krismas yang berasal dari England pada Zaman Pertengahan. Karol biasanya meriah dan teksnya tentang Virgin Mary dan kelahiran Jesus. Contohnya, Christmas Carol. |
parable | cerita ibarat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantas |
anagogic interpretation | tafsiran anagogi | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yang bercorak mistik atau rohaniah. Tafsiran ini berasal daripada sistem ganda empat (fourfold) dalam mentafsirkan Bible yang dominan pada Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Mengikut sistem ini, terdapat empat peringkat makna, iaitu peringkat harfiah dan sejarawi, alegori, tropologi, dan anagogi. Tafsiran anagogi memperoleh makna dengan merujuk kepada dimensi mistik atau rohaniah. Salah satu contoh terkenal penggunaan kaedah tafsiran ganda empat ialah tafsiran tentang peristiwa Exodus. Pada peringkat harfiah, peristiwa ini adalah mengenai kaum Ibrani yang dibebaskan dan keluar dari Mesir. Secara alegori, tafsiran ini merujuk kepada kisah Jesus sebagai penyelamat gereja atau penganut Kristian. Secara tropologi, tafsiran ini merujuk kepada pembaca Kristian yang mengalami transformasi daripada manusia yang berdosa kepada manusia yang dirahmati. Manakala secara anagogi, tafsiran merujuk kepada roh manusia yang bergerak dari keterikatan material kepada kewujudan yang |