Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beberapa jenis herba yg ubinya dpt digoreng, digulai dsb, Colocasia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Keladi

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Daun keladi dimandikan.

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cormumbisiHerbaTiadaBatang pendek yang membengkak dan tumbuh menegak di dalam tanah. Umbisi dilapisi oleh daun nipis bak sisik yang kering dan berfungsi sebagai penyimpanan makanan. Umbisi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, keladi, keladi tikus dan keledek.
cholagoguekolagogHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran hempedu bagi membantu proses penghadaman dan bertindak sebagai laksatif ringan. Contohnya, hempedu bumi, senamaki, lidah buaya dan keladi hutan.
anti-inflammatoryantikeradanganHerbaTiadaHerba yang mengurangkan keradangan di dalam tubuh tanpa bertindak secara langsung pada penyebab keradangan. Contoh herba ini ialah cikori, kayu putih, halia, kunyit, betik, kranberi, bunga elder, adas, akar manis, letup-letup, pepermin, kulit kayu pain, rubarb, daun rosemary, kesumba, keladi liar, feverfew dan witch hazel.
free floating planttumbuhan terapung bebasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar terapung di dalam air dan tidak berada di dalam tanah atau dasar kawasan berair. Tumbuh-tumbuhan ini boleh bergerak bebas di dalam air dan boleh berpindah mengikut arus atau tiupan angin. Contoh tumbuhan terapung bebas ialah keladi bunting, kubis air dan kiambang

Kembali ke atas