Indian Ocean | Lautan Hindi | Geografi | Tiada | Tiada |
South Indian Ocean | Lautan Hindi Selatan | Geografi | Tiada | Tiada |
International Indian Ocean Expedition (IOE) | Ekspedisi Lautan Hindi Antarabangsa | Geografi | Tiada | Tiada |
oceanic ridge | permatang lautan | Geologi | Tiada | Banjaran gunung median, seismos, dan selanjar di lantai laut yang menganjur melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan; topografinya berceranggah, ketinggiannya 1-3 km, kelebarannya kira-kira 1500 km, dan panjangnya melebihi 84,000 km. |
exclusive fishing right | hak penangkapan eksklusif | Perikanan | Tiada | Kebenaran untuk menangkap ikan yang diberikan oleh pertubuhan antarabangsa kepada sesebuah negara di sesuatu perairan berdasarkan persetujuan yang telah dicapai. Contohnya, hak penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi diberikan kepada Malaysia berdasarkan komitmen dan sumbangan Malaysia kepada Indian Ocean Tuna Commission (IOTC). |
cyclone | siklon | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan taburan tekanan yang padanya terdapat tekanan pusat rendah berbanding dengan persekitarannya. Siklon dapat dicam pada carta sinoptik sebagai satu sistem isobar tertutup yang umumnya hampir menyerupai bentuk bulat atau bujur yang mengelilingi satu pusat tekanan rendah. Peredaran siklon adalah mengiri sekeliling pusat di hemisfera utara, dan menganan di hemisfera selatan. Siklon di latitud sederhana dan tinggi disebut lekukan. Siklon tropika sederhana dikenali sebagai ribut tropika; tetapi untuk yang lebih kencang, siklon tropika ini dikenali sebagai siklon di Lautan Hindi, Laut Arab atau Teluk Bengal, taufan di Pasifik Barat, willy-willy di Australia Barat dan hurikan di kawasan latitud tropika lain. |