Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
double entrendekias selewengKesusasteraanTiadaKiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas. Kekaburan makna ini berpunca daripada penggunaan bahasa yang kabur dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza. Contohnya, dua makna dalam sesuatu kenyataan. Salah satu daripadanya mempunyai makna yang tidak baik atau berbentuk sensual, dan satu lagi mempunyai makna bagus dan bernilai murni. Kias seleweng ini biasa digunakan dalam penulisan puisi. Kias seleweng berasal daripada perkataan Perancis double entrende yang menerangkan situasi yang mempunyai �makna berlapis� atau �dua tahap pemahaman�.
prismaticprismatikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya.
hermenueuticshermenueutikaKesusasteraanTiadaKaedah tafsiran teks yang menonjolkan kepentingan peranan dan subjektiviti pembaca dalam proses pembentukan makna. Dalam proses pembinaan makna setiap pembaca secara individu berdialog dengan teks dan tafsiran serta pemahamannya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya. Pada asalnya, hermenueutika dipelopori dan diterapkan oleh F. Schleiermacher (1768-1834) dalam teologi agama kristian, terutamanya dalam tafsiran kerohanian terhadap Bible. Sejak abad ke-19, hermeneutika digunakan untuk persoalan falsafah. Seterusnya, sumbangan ahli falsafah Jerman, Wilhelm Dilthey (1833-1910), membolehkan hermeneutika dikembangkan dalam sastera untuk mentafsirkan dan memahami makna teks. Dalam hal ini,. Dilthey menganggap peranan pembaca amat penting. Menurut Dilthey, tafsiran melibatkan lingkaran hermeneutik (hermeneutic circle), iaitu konsep yang mengaitkan bahagian teks dengan teks itu secara keseluruhannya. Bahagian teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman secara keseluruhannya, manakala keseluruhan teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman bahagiannya. Justeru, pemahaman teks harus melibatkan jangkaan awal keseluruhan, dan pada masa yang sama, jangkaan tersebut pula melalui proses pengubahsuaian. Dalam sastera, hermeneutika dikaitkan dengan teori tafsiran martin Heidegger dan Hans-Georg Gadamer yang cuba mengatasi masalah lingkaran hermeneutik yang hampir sama. Gadamer mengatakan teks hanya dapat difahami dalam konteks masa lampau, begitu juga sebaliknya. Mengikut tradisi ini, tafsiran teks melibatkan perkara asas seperti kemungkinan pembinaan makna yang boleh ditentukan, tujuan asal pengarang, relativiti makna, dan sumbangan pembaca kepada makna teks. Dari aspek tafsiran, tradisi apabila teks itu berbicara juga memainkan peranan yang penting dan tradisi ini perlu difahami oleh pembaca. Teks mempunyai ufuknya, sementara pembaca juga mempunyai ufuk yang tersendiri. Dalam proses tafsiran yang unggul, kedua-dua ufuk ini harus dibaurkan, dan daripada bauran itulah munculnya makna yang tentunya relatif kepada pembaca. Hermeneutika telah mempengaruhi kemunculan fenomenologi, teori respons pembaca dan teori resepsi. Kemungkinan pemahaman teks boleh ditentukan, walaupun relatif sifatnya seperti yang disarankan dalam hermeneutika, tetapi dipertikaikan oleh teori kritikan pascastruktural, khususnya dekonstruksi. Hermeneutika berasal daripada perkataan Yunani hermetic bererti �sains tafsiran�. Lihat juga fenomenologi, teori respons pembaca.
distorting of meaningpenyimpangan maknaKesusasteraanPuisiMakna yang ingin ditimbulkan oleh penyair sama ada pada diksi, frasa ataupun kalin1at dalam sesebuah puisi berbeza daripada makna harfiah atau yang terdapat pada kamus biasa. Dalam puisi ini rumah kecil menggambarkan tentang tanah air bukannya mengenai tempat tinggal seseorang. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" karya Darma Mohamad. Rumah kecil menghadiahkan kehidupan yang permai dengan halaman lebar hingga ke dada padang dan padi membuka pandangan hingga ke sayap burung menembusi tabir awan.
decontructive criticismkritikan dekonstruktifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera berdasarkan penggunaan bahasa untuk pembinaan makna. Kritikan dekonstruktif bukan untuk mengenal pasti makna teks yang tulen tetapi untuk menganalisis bagaimana bahasa dan retorik boleh menjana dan menetapkan kedudukan hierarki makna yang pelbagai. Cara ini tidak membenarkan kewujudan makna yang mutlak atau interpretasi yang betul, sekali gus menolak konvensi dan tradisi yang telah lama diguna pakai. Kritikan dekonstruktif memindahkan perhatian pengkritik daripada faktor luaran teks kepada aspek dalam teks (subteks). Kritikan ini menjadi fokus dan dasar kritikan pascastrukturalisme. Lihat juga kritikan pascastrukturalis.
cognitive meaningmakna kognitifKesusasteraanTiadaTafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat �matahari terbit dari timur�. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat �matahari ini sungguh menyeksakan� ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif.
myriadlimpahanKesusasteraanTiadaKepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai.
deconstructiondekonstruksiKesusasteraanTiadaTeori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu �dibaca� dan �diinterpretasikan�. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif.
anagogic visionvisi anagogikKesusasteraanTiadaPersepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi.
literal meaningmakna harfiahKesusasteraanPuisiMakna yang tersurat pada sesuatu diksi, frasa atau ayat dalam sesebuah puisi. Aspek ini banyak dikesan dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Contohnya, Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.
12345678910...

Kembali ke atas