PPP | PPP | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat protokol titik-ke-titik |
point-to-point protocol(PPP) | protokol titik-ke-titik(PPP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang paling popular untuk memindahkan paket protokol Internet (IP) antara pengguna dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) melalui pautan bersiri. Protokol ini dibangunkan pada tahun 1994 oleh pasukan petugas kejuruteraan Internet (IETF) yang akhirnya menggantikan protokol Internet talian bersiri (SLIP). PPP mewujudkan sesi antara komputer pengguna dengan ISP melalui LCP-nya sendiri. PPP menyokong PAP, CHAP dan protokol-protokol pengesahan lain seperti pemampatan dan penyulitan. Sinonim protokol kawalan berpaut |
Challenge Handshake Authentication Protocol (CHAP) | protokol pengesahan jabat tangan cabar (CHAP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Skema atau protokol yang digunakan oleh pelayan PPP sewaktu berhubung dengan pembekal khidmat Internet. Tujuannya untuk memastikan keselamatan rangkaian komputer. Lihat juga PPP |
Serial Line Internet Protocol (SLIP) | protokol Internet talian bersiri (SLIP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol pautan data yang membolehkan penghantaran paket data TCP/IP melalui sambungan telefon bedrail, lantas membolehkan komputer atau rangkaian kawasan setempat dihubungkan ke Internet atau rangkaian lain. Ia merupakan protokol yang lebih tua dan kurang selamat daripada PPP(point-to-point protocol) dan tidak menyokong alokasi dinamik alamat IP. Lihat juga pautan data, IP Banding PPP |
protocol suite | suit protokol | Teknologi Maklumat | Tiada | Set protokol daripada keluarga yang sama dengan hierarki dan fungsi yang tertentu. Contohnya, suit protokol TCP/IP mengandungi 8 hierarki dan sejumlah 73 set protokol berlainan fungsi. 8 hierarki protokol ini terdiri daripada lapisan pautan data, rangkaian, pengangkutan, sesi, aplikasi, penghalaan, penerowongan dan sekuriti. TELNET, S-HTTP, POP3, IMAP4, IRC, Finger dan FTP adalah sebahagian daripada sejumlah 27 set protokol fungsi yang terdapat dalam lapisan atau hierarki aplikasi. Beberapa suit protokol lain ialah SS7 (Signaling System 7), GPRS (General Packet Radio Service) dan PPP (Point to Point Protocol) . |