Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pakistan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Muslim League (Pakistan)Liga Muslim (Pakistan)SejarahTiadaTiada
sulmahbenang sulmahKesenianTiadaBenang gimpal berteraskan sutera yang digunakan untuk menyulam topi dan selipar di Pakistan.
simoodsimoomMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin kencang yang kering dan berdebu yang bertiup di padang pasir Sahara, Pakistan, Syria dan Arab. Angin ini berhayat pendek, kurang daripada 20 minit, melebihi 55�C dengan berkelembapan di bawah 10 peratus.
Begum Behar sarisari Begum BeharKesenianTiadaSari bercorak dam, biasanya dibuat daripada kain kapas dan sutera, ditenun tangan oleh penduduk tempatan Tanguil, Benggala, Pakistan.
shawlsebaiPentadbiran PerniagaanTiadaPembalut yang berfungsi atau hiasan pelengkap, berbentuk segi empat sama atau segi empat bujur atau segi tiga. Biasanya dipakai di bahu atau sebagai penutup kepala. Berasal dari Kashmir, Pakistan dan popular pada abad ke-18.
South East Asia Treaty Organization (SEATO)Organisasi Perjanjian Asia TenggaraSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega
profit and loss sharing system (PLS system)sistem perkongsian untung rugiEkonomiEkonomi IslamSistem yang membolehkan penyimpan mendepositkan dananya berdasarkan prinsip PLS dan bank menyediakan pembiayaan berdasarkan mod yang dibenarkan seperti musyarakah, mudarabah, margin, sewaan, sewa jual dan perkongsian sewa. Sistem ini buat pertama kalinya telah dicadangkan oleh panel ahli ekonomi dan perbankan dan dipersetujui oleh Majlis Ideologi Islam Pakistan pada 1980. Sinonim sistem PLS.
Baghdad PactPakatan BaghdadSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan yang ditubuhkan pada tahun 1955 di Baghdad, Iraq hasil daripada persetujuan antara pemimpin Iraq dengan Turki. Tujuan pakatan ini adalah untuk menjalin kerjasama keamanan dan pertahanan. Kedua-dua negara bersedia memberikan bantuan ketenteraan kepada negara Timur Tengah sekiranya diminta. Pakatan ini kemudiannya turut disertai oleh Britain (April 1955), Pakistan (September 1955) dan Iran (Oktober 1955). Pada tahun 1959, Iraq keluar daripada pakatan tersebut berikutan peristiwa kudeta yang berlaku pada 14 Ogos 1958.
patronage systemsistem naunganPentadbiranPentadbiran Awam

Hubungan yang bergantung kuat kepada penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang, walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan pihak yang dinaung lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan pentadbiran yang terikat kuat dengan hubungan naungan. Ketua pentadbir dilihat sebagai patron manakala pekerja dilihat sebagai klien. Sistem penaungan ini banyak sekali diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila pentadbir menjadi penaung utama dalam pemerintahan atau pentadbiran daerah.


Kembali ke atas