brad | paku tirus; paku kecil | Kesenian | Tiada | 1. Paku tirus: Paku yang rata, nipis dan runcing hujungnya.,2. Paku kecil: Paku bersaiz kecil yang digunakan khusus dalam kerja pengemasan. |
ripper | riper | Kejuruteraan | Tiada | 1. Perkakas penyabak yang mempunyai tangkai engkol dan bilah panjang dan pipih yang hujungnya menirus berbentuk anak panah, digunakan untuk membuang sabak dengan memotong paku pemasang.,2. Perkakas udara mampat seperti gerudi batuan berat, yang mempunyai mata untuk memecahkan jalan dan kerja batu. Sinonim: pemecah konkrit; pemecah jalan.,3. Traktor yang mempunyai gigi keluli yang besar di belakanggnya, digunakan untuk memecahkan tanah jika tidak terlalu keras. |
indusium | indusium | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Bonggol pada epidermis tumbuh-tumbuhan yang melindungi sorus, seperti yang terdapat pada paku-pakis, episporagium. 2. Struktur yang terjuntai daripada hujung stip sesetengah kulat. 3. Gumpalan bulu yang berbentuk seperti bibir cawan, yang menyelubungi stigma. 4. Kelongsong larva serangga. 5. Girus suprakalosa pada rinensefalon. |
cone | kon | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Sel berbentuk seperti kon yang terdapat pada retina dan fungsinya berkait dengan penglihatan. 2. Organ pembiakan pada paku-pakis atau gimnosperma. strobilus. |
placenta | plasenta | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Organ vaskular mamalia enteria yang menghubungkan fetus dengan uterus ibu. Dengan perantaraan organ ini pertukaran bahan-bahan metabolisme antara fetus dengan ibu berlaku, di samping membekalkan rembesan endokrin. 2. Bahagian pada daun paku pakis atau sporofil yang menjadi tempat sporangium terbentuk dan berkembang. spermafor. 3. Bahagian karpel tumbuh-tumbuhan berbiji yang mengandungi ovul. spermafor. |
food vegetable | sayur-sayuran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tumbuhan atau daun-daun yang boleh dimakan seperti pucuk paku, sawi dan lain-lain.,2. Makanan daripada sayur-sayuran sama ada daun-daunan, buah dan sebagainya. |
sorus | sorus. | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Kumpulan sporangium bertangkai yang terdapat di bahagian permukaan bawah pinul pada paku pakis, atau kumpulan sporangium pada kulat. 2 Kumpulan anteridium pada fron rumpai laut. 3 Jisim soredium liken. 4 Kumpulan spora pada sesetengah Sarcodina dan kulat lendir. |
annulus | anulus | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan membran tipis yang terdapat di stip beberapa jenis agarik. 2. Tampuk atau kumpulan sel berdinding tebal pada dinding sporangium paku-pakis dan boleh melakukan proses pengeringan dengan cara penapisan. 3. Zon sel di bawah operkulum sporangium lumut yang akan pecah dan membantu proses penyebaran operkulum. 4. Sebarang struktur yang berbentuk cecincin. 5. Digit keempat lengan pentadakil. 6. Subbahagian sendi yang membentuk sendi kecil artropod. 7. Cecincin lintang Hirudinea yang membahagikan kawasan luar somit. |
megasopore | megaspora | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Spora yang lebih besar daripada spora yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan heterospora, yang menghasilkan gametofit betina. Pada paku-pakis tertentu spora ini terdapat pada protalus dan membawa organ seks betina tetapi pada tumbuh-tumbuhan berbunga, spora ini menjadi kantung embrio. ginospora; makrospora. 2. Spora fosil yang garis pusatnya melebihi 0.2mm. |