Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[par.li.men] | ڤرليمن

Definisi : majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Dewan Negara; berparlimen 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; demokrasi ~ demokrasi yg menurut aturan parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[par.li.men] | ڤرليمن

Definisi : /parlimén/ majlis yg mempunyai kuasa tertinggi utk membuat undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Parlimen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Act of ParliamentAkta ParlimenSains PolitikPolitik PerbandinganKeputusan yang diambil oleh Parlimen untuk memelihara kepentingan masyarakat apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan reaksi segera dari parlimen. Tindakan ini biasanya merujuk kepada persetujuan yang bersifat sebulat suara oleh ahli-ahlinya. Contohnya, Parlimen Malaysia mengambil keputusan mengutuk tindakan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George Bush Jr. yang menyerang Iraq pada tahun 2003 tanpa mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tindakan Parlimen Malaysia ini dibahaskan di Parlimen serta mendapat kolektif persetujuan ahli.
parliamentparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganDewan perundangan yang terdapat di negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Institusi ini merupakan dewan legislatif iaitu tempat menggubal atau meminda undang-undang. Dewan ini menghimpunkan semua anggota parlimen untuk membincangkan persoalan undang-undang dan dasar pemerintahan negara. Parlimen akan dibubar secara berkala lazimnya empat atau lima tahun sekali untuk memberi ruang kepada orang ramai memilih perwakilan yang baru. Terdapat parlimen yang dipecah kepada dua dewan iaitu dewan tinggi dan dewan rendah seperti di Malaysia dan juga parlimen yang hanya mempunyai satu dewan seperti di Singapura. Parlimen mungkin mempunyai nama yang berbeza di negara lain seperti Diet di Jepun dan Knesset di Israel.
caretaker governmentpemerintah sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini.
interim governmentpemerintah sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini.
legislativelegislatifSains PolitikPolitik PerbandinganBadan yang terdiri daripada wakil rakyat dan anggota terpilih yang bersidang di dewan perundangan (parlimen) dan bertanggungjawab dalam menggubal dan meminda undang-undang, perlembagaan atau dasar negara. Badan ini dipimpin oleh ketua negara dan merupakan salah satu badan pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. Badan ini bertanggungjawab menggubal semua dasar negara yang melibatkan pembangunan ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan nasional. Ia bersidang mengikut jadual dan anggotanya boleh bertukar secara lantikan atau selepas pilihan raya. Contohnya, Parlimen Malaysia merupakan satu badan legislatif. Sinonim perundangan.
parliamentary democracydemokrasi berparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganDemokrasi yang memisahkan antara institusi ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif) manakala ketua kerajaan ialah perdana menteri. Perdana menteri dilantik daripada parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti parlimen. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengarnalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand dan New Zealand.
politicizationpempolitikanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menjadikan sesuatu isu, keadaan, fenomena atau perkara bersifat politik. Sesuatu perkara itu pada asalnya neutral atau tidak berbau politik tetapi dengan tindakan ini, ia akan menjadi isu panas, diperdebat oleh anggota parlimen, dibawa ke meja perundingan oleh organisasi terlibat, diusul ke parlimen dan persidangan atau menjadi isu hangat dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Pempolitikan sesuatu perkara boleh berlaku apabila ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada isu yang panas ini. Contohnya, pempolitikan isu sekolah wawasan oleh parti pembangkang yang mendakwa langkah ini bertujuan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Sinonim mempolitikkan.
WhiggismWhiggismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan.
whiggeryprinsip whiggsSains PolitikPolitik PerbandinganPrinsip perjuangan yang mengurangkan kuasa raja atau istana dan mendesak kepada peluasan kuasa parlimen. Gerakan ini bermula di Great Britain pada abad ke-17 dan kemudian ideanya meluas ke Amerika Syarikat serta mendorong kepada gerakan kemerdekaan Amerika Syarikat. Prinsip ini tidak menolak kehadiran institusi raja tetapi mahukan kedudukannya terbatas kepada urusan rasmi yang minimum. Tindakan Oliver Cromwell yang menghukum raja yang bersalah di Great Britain pada abad ke-17 dahulu merupakan contoh jelas prinsip Whiggs ini cuba direalisasikan.
majority leaderpemimpin majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemimpin dari parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Pemimpin ini mempunyai sifat yang berwibawa dan berkarisma untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul. Pemimpin majoriti merupakan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat dan ahli parlimen untuk menerajui pemerintahan negara. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad pemimpin majoriti yang mendapat sokongan besar pengundi kawasan dan ahli parlimen.
123

Kembali ke atas