unleaded gasoline | gasolin tanpa plumbum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gasolin yang tidak mengandungi plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Gasolin tanpa plumbum mempunyai pengkadaran oktana yang melebihi RON 87 melalui penambahan bahan, iaitu hidrokarbon aromatik seperti benzana bagi mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyebabkan kadar kehausan yang lebih tinggi pada bahagian dalaman enjin era 80-an dan sebelumnya seperti dudukan injap dan pandu injap. Namun, masalah ini tidak berlaku pada enjin era 90-an dan seterusnya kerana bahagian tersebut diperkuatkan untuk mengelakkan kehausan. Sinonim petrol tanpa plumbum Banding gasolin berplumbum. |
leaded gasoline | gasolin berplumbum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gasolin yang dicampur 3-4cc dengan agen antiketuk, iaitu plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Walaupun penambahan ini mengurangkan pengkadaran oktana bagi bahan api, tetapi gasolin ini dapat mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyingkirkan plumbum ke sekitaran melalui gas ekzos lalu mencemarkan alam sekitar. Sinonim petrol berplumbum Banding gasolin tanpa plumbum. |
antiknock agent | agen antiketuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahan kimia yang ditambah ke dalam minyak petrol untuk menambah nombor oktana dan seterusnya merencat ketukan Contoh agen antiketuk ialah plumbum tetractil Pb(C2H5)4. |
instability constant | pemalar ketakstabilan | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran ketakstabilan suatu ion kompleks. Ia merupakan nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada penguraian ion kompleks terhadap aktiviti ion kompleks yang tidak terurai. Bagi suatu ion kompleks MLp(n-pb)+ pemalar ketakstabilan ditulis seperti berikut: |