Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal atau perbuatan meĀ­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal mengelaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Iddings classificationpengelasan IddingsGeologiTiadaPengelasan batuan igneus yang pengelasan mineralogi Rosenbusch dan Zirkelnya dihubungkaitkan dengan CIPW atau pengelasan normatif, dicadangkan oleh J.P. Iddings pada tahun 1913.
flexible classificationpengelasan lentur; pengelasan mudah ubahPendidikanTiadaTiada
flexible classificationpengelasan lentur; pengelasan mudah ubahPerpustakaanTiadaTiada
classification schedulejadual pengelasanPerpustakaanTiadaSatu skim pengelasan yang bercetak untuk digunakan dalam pengelasan buku dan bahan-bahan lain.
Niggli's classificationpengelasan NiggliGeologiTiadaPengelasan batuan berdasarkan komposisi kimianya, dan dalam beberapa hal pengelasan ini menyerupai sistem norma.
classification marktanda pengelasanPerpustakaanTiadaSimbol pengelasan yang terdapat pada tulang buku, halaman judul dan entri katalog bagi menandakan kategori buku dalam pengelasan dan pada rak buku.
composite classificationpengelasan kompositPerpustakaanTiadaSatu kaedah pengelasan yang menetapkan beberapa subjek khusus yang diwakili oleh dua atau lebih istilah permulaan daripada Jadual Pengelasan.
major regionkawasan utamaGeografiTiadaKawasan yang dikelaskan mengikut sesuatu sistem pengelasan kawasan seperti pengelasan mengikut kriteria ekonomi, geologi, tumbuh-tumbuhan atau tanih.
Harvard classification (Henry-Draper System)pengelasan Harvard (Sistem Henry-Draper)MatematikTiadaPengelasan spektrum bintang yang diterbitkan di dalam katalog Henry Draper dalam tahun 1920-an. Pengelasan ini berdasarkan garis dan jalur cirian unsur kimia.
cloud classificationpengelasan awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem yang mengkategorikan awan berdasarkan kriteria seperti bentuk, aras, pembentukan, dan komposisi. Dalam pengelasan yang berdasarkan bentuk, awan digolongkan kepada genus, spesies, varieti, bentuk tambahan dan awan sertaan, dan awan induk. Pengelasan yang berdasarkan aras mengolongkan awan kepada aras tinggi, pertengahan, dan rendah; yang berdasarkan proses pembentukan secara fizikal, awan dikelaskan kepada awan gumpal dan awan lapis; dan yang berdasarkan komposisi, awan dikelaskan kepada awan hablur ais, awan titis air, dan awan campuran.
12345678910...

Kembali ke atas