Second World War | Perang Dunia Kedua | Sejarah | Tiada | Tiada |
postmodern art | seni postmoden | Kesenian | Tiada | Seni lepas perang dunia kedua yang mempersoalkan nilai seni lukis moden. |
United Nations Relief and Rehabilitation Administration (UNRRA | Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1943 semasa Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada kawasan yang dibebaskan daripada kuasa paksi (Jerman, Itali dan Jepun). Pada tahun 1943, terdapat 52 buah negara yang terlibat dalam pertubuhan ini yang menyumbangkan dua peratus daripada pendapatan negara mereka kepada pertubuhan ini. Bantuan yang disediakan seperti bantuan kecemasan, makanan dan ubat-ubatan serta membaik pulih perkhidmatan awam, pertanian dan industri. Antara negara yang pernah mendapat bantuan daripada pertubuhan ini ialah China, Czechoslovakia, Greece, Itali, Poland, Ukraine dan Yugoslavia. Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan ini berjaya menolong seramai tujuh juta pelarian pulang ke negara masing-masing. Pertubuhan ini menghentikan operasinya di Eropah pada 30 Jun 1947 dan di China pada 31 Mac 1949. Pada masa kini, fungsi pertubuhan ini telah dipindahkan ke pertubuhan lain di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu seperti Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, Pertubuhan Makana |
multilateral | pelbagai hala | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sebarang hubungan yang melibatkan dua atau lebih buah negara. Contohnya, selepas Perang Dunia Kedua, beberapa perjanjian pelbagai hala dalam usaha pengurangan cukai telah diadakan dan hasil salah satu daripadanya ialah Pusingan Uruguay yang diadakan pada tahun 1986 yang telah membawa kepada penubuhan Pertubuhan Perdagangan Sedunia. |
propaganda forgery | pemalsuan propaganda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses memalsukan setem yang dipalsukan yang diseludup oleh Tentera Bersekutu untuk tujuan propaganda semasa Perang Dunia Kedua. |
Big Five | Lima Kuasa Besar | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lima negara kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China adalah merupakan lima negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Bahasa kesemua negara tersebut turut diterima untuk menjadi bahasa rasmi dalam urusan PBB. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto apabila PBB menyekat penindasan Israel terhadap Palestin. |
destruction | pemusnahan | Sejarah | Tiada | Tindakan atau proses memusnahkan objek kebendaan atau bukan kebendaan sehingga pupus seperti yang dilakukan oleh tentera Nazi sewaktu perang dunia kedua. |
buto | buto | Kesenian | Drama dan Teater | Sejenis tarian yang berasal dari Jepun dengan mengambil nama pencipta gaya tari. Buto mula diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua. Ragam tari buto berasaskan alam seolah-olah penarinya terikat kepada tenaga bumi. |
interwar period | jangka masa antara perang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tempoh masa antara dua peperangan seperti antara Perang Dunia Pertama (28 Julai 1914�11 November 1918) dengan Perang Dunia Kedua (1 September 1939�2 September 1945). |
expatriated post | pos ekspatriat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penggunaan setem pos oleh kerajaan Belgium yang dipindahkan ke Perancis semasa penaklukan oleh kerajaan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. |