ribonucleic acid (RNA) | asid ribonukleik (RNA) | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis molekul yang terdiri daripada rantaian panjang asid nukleik. Molekul RNA sama seperti molekul DNA, tetapi yang berbeza ialah RNA mengandungi ribosa sementara DNA mengandungi deoksiribosa. Kebanyakan RNA, termasuk RNA pengutus dan RNA pemindah, berfungsi sebagai perantaraan untuk memindahkan maklumat genetik yang tersimpan dalam DNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. RNA ialah nanowayar tabii. |
RNA sequencing/RNA-Seq | penjujukan RNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk menentukan jujukan RNA dengan menggunakan penjujukan generasi hadapan (NGS). |
messenger RNA | RNA pengutus | Fizik | Nanoteknologi | Bentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek. |
chromosomal RNA | RNA kromosom | Biologi | Tiada | RNA yang terdapat pada kromosom semasa pembahagian sel atau sewaktu interfasa. |
RNA editing | penyuntingan RNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses tukar ganti satu bes nukleotida dalam molekul RNA yang telah ditranskripsikan oleh polimerase RNA dalam sesuatu sel. |
RNA splicing | penyambatan RNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses mengeluarkan intron dan menyambung semula ekson untuk menghasilkan transkrip pelopor RNA pengutus baharu yang kemudiannya diubah kepada pengutus RNA matang. |
ribosome | ribosom | Fizik | Nanoteknologi | Kompleks RNA dan protein yang terdapat dalam semua sel hidup. Ribosom mempunyai diameter 20 nm, mengandungi 65% ribosom RNA dan 35% ribosom protein. Ribosom berfungsi mengungkapkan kod genetik daripada asid nukleik ke dalam protein melalui proses translasi. |
in situ hybridization | penghibridan in situ | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penyetempatan jujukan DNA atau RNA ke dalam tisu dengan menggunakan pelengkap yang terdiri daripada DNA, RNA atau rantaian asid nukleik terubah suai yang telah dilabelkan. |
gene expression measurement | pengukuran pengekspresan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Merujuk kepada ukuran paras produk gen, sama ada RNA atau protein. Kaedah pengukuran RNA yang biasa digunakan ialah teknik pemblotan Northern dan mikrotatasusunan. Manakala, contoh kaedah pengukuran protein yang biasa ialah teknik pemblotan Western dan ELISA. |
adenine | adenina | Kejururawatan | Tiada | Sejenis bes purina yang wujud secara semula jadi sebagai sebahagian daripada kod genetik RNA dan DNA dalam semua sel hidup. Bes ini berpasangan dengan timina dalam DNA, dan dengan urasil dalam RNA. |