shi�r ?l-??m?s?h | shi�r ?l-??m?s?h | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang dikaitkan dengan kebanggaan atau ketaksuban seseorang penyair terhadap kabilahnya sendiri. shi�r ?l-??m?s?h ini digunakan oleh penyair pada zaman Rasulullah SAW untuk mempertahankan Islam. Pada zaman berikutnya, shi�r ?l-??m?s?h dianggap sebagai puisi refleksi peperangan yang menyemarakkan semangat tentera Islam menghadapi peperangan. Pada zaman Abbasiah pula, penulisan shi�r ?l-??m?s?h berkurangan disebabkan tentera Islam tidak mendapat tentangan hebat daripada tentera bukan Islam. Antara penyair shi�r ?l-??m?s?h pada zaman Rasulullah SAW ialah Hassan ibn Thabit (Diwan), sementara pada zaman Abbasiah ialah al-Buhturi (H?m?s?h ?l-Buhturi). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-hij?�. |
usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�. |