rebana | rebana | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana mempunyai bingkai yang luas dan diperbuat daripada kayu. Satu muka kulit dipasang pada bingkai dengan siratan tali rotan. Kulit ditegangkan dengan penyedak dan sendal kayu yang diselitkan antara bingkai dengan kulit. Rebana yang bersaiz sederhana dipegang dengan sebelah tangan dan permukaan kulitnya dipukul dengan tangan sebelah lagi. Sementara rebana yang bersaiz besar pula diletakkan di atas riba dan dipukul dengan kedua-dua belah tapak tangan. Rebana menghasilkan rentak tertentu dalam ensembel muzik rakyat Melayu, termasuklah mekmulung, dikir barat, muzi |
rebana berarak | rebana berarak | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana berarak yang bersaiz sederhana ini memainkan rentak tertentu untuk mengiringi perarakan. Lihat juga rebana. |
rebana redap | rebana redap | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana redap yang bersaiz sederhana atau besar dimainkan dalam ensembel main puteri di Kelantan. Lihat juga rebana. |
rebana ubi | rebana ubi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Rebana ubi diperbuat daripada kayu, baluhnya berbentuk kon dan mempunyai satu muka kulit yang bergaris pusat hampir satu meter. Kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan tebal dan kulit ditegangkan dengan tali rotan dan sendal kayu yang diselitkan antara badan dengan tali rotan. Baluh dan kulit dihiasi logo atau lambang sesuatu kumpulan atau desa. Coraknya bermotifkan geometri yang dicat berwarna-warni. Rebana ubi biasanya digantung atau diletakkan di atas tanah secara menegak dan kulitnya dipukul dengan tangan atau pemukul yang berbalut. Rebana ubi yang dimainkan secara ensembel menghasilkan rentak terhasil bagi tujuan pertandingan atau hib |
rebana joget (Mal) | rebana joget | Kesenian | Tiada | Gendang satu muka berbentuk pasu yang digunakan di dalam muzik asli. [Sinonim dengan istilah rebana medan]. |
rebana hadrah | rebana hadrah | Muzik | Tiada | 1. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai yang serupa dengan rebana bersaiz sederhana dan besar. Rebana hadrah dimainkan dalam orkestra teater hadrah di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Lihat juga rebana.
|
rebana besar | rebana besar | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Lihat juga rebana ubi. |
rebana riba | rebana riba | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Lihat juga rebana redap. |
rebana kercing | rebana kercing | Muzik | Tiada | Lihat rebana hadrah. |
rebana (Mal) | rebana | Kesenian | Tiada | Gendang satu muka berbentuk pasu. |