Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu; kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sabah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zoological gardentaman zoologiPelanconganTiadaTaman tarikan pelancong dan tempat rujukan penyelidik tentang sains haiwan. Contohnya, Santuari Gajah Kuala Gandah, Pahang dan Santuari Orang Utan Sepilok, Sabah.
adversary politicspolitik pertentanganSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan politik yang wujud antara dua pihak atau lebih berhubung sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Pertentangan ini bersifat sementara dan boleh wujud antara individu, parti politik dan juga negara. Politik ini dikembangkan oleh S.E. Fine rpada tahun l970. Di Malaysia, pertentangan politik dapat dilihat semasa penubuhan Malaysia yang melibatkan penyertaan Sabah dan Sarawak yang mengakibatkan konflik antara Malaysia dan Indonesia.
redistribution of powerpengagihan semula kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang diagihkan semula kepada badan atau wilayah tertentu ekoran daripada rombakan pentadbiran, pindaan perlembagaan secara menyeluruh atau kemasukan wilayah baru dalam sesuatu negara. Dalam konteks yang normal. Perlembagaan persekutuan telah menyenaraikan agihan kuasa ini, namun apabila berlaku perubahan struktur sesebuah negara, agihan ini boleh dilakukan sekali lagi bagi menyesuaikan kedudukan negara itu dengan keadaan semasa. Contohnya, pembahagian kuasa Persekutuan Tanah Melayu telah diagih semula dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia pada tahun 1963.

Kembali ke atas