annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud �yearly books�. Lihat juga kronikel. |
historical play | drama sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Drama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960. |
historical landscape | landskap sejarah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Landskap yang mempunyai ciri-ciri sejarah atau tempat berlakunya sesuatu peristiwa sejarah atau landskap yang direka bentuk oleh personaliti yang terkenal dalam sejarah. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 � 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangka masa lebih kurang seratus tahun. |
new historicism | historisisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme. |
chronicle | kronikel | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula terhapus dalam tradisi pensejarahan sastera Melayu apabila penulisan berbentuk biografi, autobiografi, memoir, diari dan buku catatan pelayaran atau pengembaraan mula wujud dan berkembang. Penulisan bentuk ini mendapat tempat sebagai suatu kaedah penulisan sejarah. Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulisan klonikel umumnya dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah atau historiografi Melayu yang dihasilkan oleh sasterawan dan sejarawan istana Melayu pada zaman silam. Antara karya klonikel yang terkenal ialah Hikayat Raja Pasai (Pasai), Sejarah Melayu (Melaka), Merong Mahawangsa (Kedah), Misa Melayu (Perak) dan Tuhfat al-Nafis (Riau). Dalam sastera Arab, karya kronikel ditemui dalam al-Suluk oleh al-Maqrizi. Lihat juga catatan sejarah. |
historical novel | novel sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Lihat fiksyen sejarah. |
antecedent | anteseden | Sejarah | Tiada | Peristiwa atau keadaan sebelumnya terutama dalam penulisan sejarah seorang tokoh. |
bard | bard | Sejarah | Tiada | Penyair dan juga penyanyi suku kaum biasanya dalam sejarah Celt purba yang menggubah dan mendeklamasikan karya dalam upacara-upacara tertentu. |
historic route | laluan sejarah | Pelancongan | Tiada | Perjalanan melalui tempat yang mempunyai ciri-ciri peninggalan sejarah, seperti Laluan Sutera di China. |